Monday, April 27, 2020

Kesan Wabak Covid 19 Terhadap Masyarakat

TIDAK mahu tidak, penularan wabak Covid-19 memberi kesan kepada masyarakat serta individu dalam menghadapi kehidupan seharian.

Keadaan itu dilihat semakin menggusarkan apabila kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara rasmi bagi menyekat pergerakan orang awam untuk mengawal penularan wabak itu.
Situasi ini mewujudkan kesan kepada psikologi masyarakat serta individu.

Hakikatnya, masyarakat berdepan pelbagai isu emosi seperti risau, gemuruh serta tekanan. Perkara ini mampu membuatkan masyarakat cemas dan ramai mula membuat pembelian panik terutama bekalan makanan.

Kajian psikologi daripada pandemik yang sebelum ini seperti Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) mendapati tempoh PKP atau kuarantin sepanjang tempoh pandemik mempunyai hubungan signifikan dengan isu psikologi seperti tekanan emosi.

Secara psikologi, individu mungkin akan menghadapi corak pemikiran negatif yang boleh menjejas emosi mereka sepanjang PKP dilaksanakan.

Emosi negatif di sini merujuk kepada segala pemikiran negatif berkaitan diri sendiri, tidak berpuas hati mengenai masa depan, kesulitan dalam hubungan rumah tangga, kesukaran dalam menyampaikan emosi positif, perasaan terasing dari ahli keluarga dan rakan-rakan.
Justeru, setiap individu perlu mengambil langkah positif untuk mengekalkan kestabilan emosi ketika menghadapi situasi ini.

Aspek penyesuaian diri memainkan peranan penting dalam menentukan kefungsian mental serta tingkah laku seseorang untuk menjaga kestabilan emosi bagi menjalani perubahan dalam aktiviti harian.

Terdapat beberapa teknik psikologi yang membantu dalam mengatasi tekanan emosi individu serta membantu dalam mengekalkan kestabilan emosi.

Misalnya, mengawal suhu badan dengan merenjiskan air di muka atau memegang kiub ais akan membantu untuk menenangkan diri secara fizikal dan emosi.

Begitu juga dengan senaman ringan yang mampu meningkatkan hormon endorfin untuk menenangkan fikiran. Teknik relaksasi otot juga dilakukan dengan menegangkan otot selama 10 hingga 15 saat secara kuat dan kemudian merehatkan otot itu selama 15 hingga 20 saat juga membantu mengurangkan tekanan.

Bagi menangani emosi keresahan dan ketakutan dijangkiti virus itu, masyarakat perlu melihat pada aspek rasional bagaimana menularnya wabak Covid-19 itu.

Isu emosi ketakutan seperti ini dapat ditangani melalui kemahiran penerimaan sumber maklumat yang boleh dipercayai mengenai wabak Covid-19.

Individu perlu menerima realiti dan amalkan pemikiran positif. Pemikiran yang rasional adalah penting untuk menangani emosi kerisauan sepanjang krisis Covid-19.

Emosi kecewa dan bosan juga adalah antara isu emosi yang berkemungkinan dihadapi seseorang individu sepanjang situasi ini.
Keadaan seperti terkurung di rumah, perubahan dalam rutin harian serta kekurangan dalam perhubungan sosial atau fizikal juga boleh menimbulkan isu emosi yang tidak stabil.

Oleh itu, emosi berkenaan dapat diatasi dengan membabitkan diri dalam aktiviti yang boleh mencerdaskan minda dari emosi negatif.
Di samping itu, digalakkan bagi setiap individu untuk menggunakan teknik melatih minda untuk menilai kekecewaan dari perspektif yang berbeza.

Mengalihkan emosi yang tertekan seperti perasaan kecewa atau bosan dengan melakukan aktiviti menonton filem berunsur lucu, membaca buku motivasi serta melakukan aktiviti kraf yang boleh mengalihkan pemikiran ke arah yang positif serta lebih kreatif.
Tingkatkan fokus pada perkara yang positif untuk menikmati ketenangan dalaman juga adalah teknik mengalihkan pemikiran yang efektif.

Penjagaan kesihatan, pemakanan sihat dan tidur yang cukup adalah faktor yang penting untuk membantu mengekalkan emosi yang stabil, mewujudkan waktu santai untuk luahan emosi bersama ahli keluarga juga teknik terbaik bagi menghilangkan emosi sedih dan letih.

Teknik ini boleh membantu mengekalkan perhubungan yang sihat serta membina sistem sokongan yang kuat bersama ahli keluarga.
Secara keseluruhannya, kestabilan emosi dalam menangani krisis Covid-19 ini adalah penting bagi memastikan setiap individu menjalani rutin harian tanpa sebarang tekanan.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk berusaha mengekalkan kestabilan emosi dengan amalan sikap yang positif demi menjaga kesejahteraan mental, fizikal dan sosial.

Penulis adalah Pegawai Psikologi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Pemangku Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga

Diabetis, Puasa, Diet dan Ubat

Pengenalan
Pada bulan Ramadan, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa antara terbit matahari hingga terbenam matahari iaitu lebih kurang 14 jam sehari (di Malaysia). Mereka yang menghidap diabetes digalakkan berpuasa dengan cara yang selamat.
Walau bagaimanapun, Islam membenarkan pesakit yang mempunyai penyakit serius seperti diabetes untuk berbuka puasa sekiranya boleh memudaratkan penyakit.
Antara keadaan yang tidak digalakkan berpuasa adalah seperti :
1) Penyakit Diabetes Mellitus Jenis I dan II yang tidak terkawal.
  • Dibimbangi akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.
2) Mengalami komplikasi diabetes yang serius.
  • Bagi pesakit yang mempunyai komplikasi seperti penyakit jantung koronari, kerosakan buah pinggang dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal perlu berbincang dengan Pakar Perubatan.
3) Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis.
  • Biasanya lebih cenderung kepada pesakit Diabetes Mellitus Jenis I.
  • Ia disebabkan oleh dos insulin yang tinggi dan pengambilan makanan yang sedikit ketika berpuasa.
4) Pesakit yang tidak mematuhi aturan pemakanan dan ubat-ubatan bagi diabetes.
5) Kerap mengalami komplikasi Hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).
  • Terutama kepada pesakit yang mempunyai sejarah 2 kali atau lebih pada bulan puasa yang lalu.
6) Mengandung.
  • Bagi pesakit Diabetes Jenis I, II dan Gestasi jika ingin berpuasa, mereka perlulah berbincang dengan Pakar Perubatan dan Pegawai Dietetik berkenaan ubat dan diet yang sesuai semasa berpuasa.
7) Mengalami jangkitan kuman.
8) Warga tua dan tinggal bersendirian.

Penyesuaian Diet Semasa Berpuasa
Adalah penting untuk penghidap diabetes melatih diri untuk berpuasa 2 bulan awal sebelum berpuasa sebenar iaitu bermula bulan Rejab dan Sya’ban. Anda juga perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan menjalani program pendidikan bersama Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Pegawai Farmasi dan Jururawat Diabetes tuntuk memahami cara-cara berpuasa dengan betul ketika bulan Ramadan.
Tips Bagaimana Untuk Menyesuaikan Diri Semasa Berpuasa
1) Jangan tinggal waktu bersahur
  • Waktu bersahur perlulah selewat mungkin sebelum waktu imsak.
  • Ketika bersahur perlu seimbangkan makanan dengan karbohidrat yang secukupnya.
2) Jangan melambatkan waktu berbuka
  • Memadai waktu berbuka dengan 2 biji kurma terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada karbohidrat.
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi gula.
3) Digalakkan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib
  • Amalkan pemakanan yang seimbang.
4) Minum malam selepas solat tarawih
  • Boleh diambil sebagai pengganti snek sebelum tidur.
5) Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika sahur dan berbuka
  • Karbohidrat yang mengandungi serat yang tinggi digalakkan untuk setiap hidangan utama.
6) Hadkan makanan yang bergoreng dan berlemak
  • Contohnya : Masakan berlemak yang menggunakan santan, ayam goreng, mi goreng dan lain-lain.
7) Hadkan makanan yang tinggi garam
  • Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko kekurangan air.
8) Minum air secukupnya
  • Minum air yang cukup terutamanya ketika sahur untuk menggantikan air yang hilang ketika berpuasa.
  • Disarankan untuk mengambil 8 gelas air sehari terutama ketika masa tidak berpuasa (malam).

Contoh Menu Diabetes Ketika Berpuasa
 Waktu makan
(tidak berpuasa)
Waktu makan
(berpuasa)
Contoh Menu
Sarapan pagiBerbuka puasa (7:30 malam)1 biji buah epal / 2 biji kurma
+ 1 keping kuih tanpa gula
+ 1 gelas susu
Makan tengah hariSelepas solat maghrib
(8:00 malam)
1 ½ cawan nasi / mi / mihun
+ 1 ketul ayam / ikan
+ 1 cawan sayur berdaun hijau
+ 1 biji buah limau
+ Air kosong
Minum petangSelepas tarawih /minum malam
(10:30 malam)
1 keping kuih tanpa gula / 3 keping biskut krim kraker / 1 keping roti
+ 1 gelas susu
Makan malamSahur  (5:00 pagi)1 ½ cawan nasi / mi / mihun
+ 1 ketul ayam / ikan
+ 1 cawan sayur berdaun hijau
+ 1 potong betik
+ Air kosong

Apakah Hipoglisemia?
Hipoglisemia adalah gejala gula dalam darah yang terlalu rendah (kurang daripada 4mmol/L). Pesakit yang mengambil suntikan insulin berisiko tinggi untuk mengalami kejadian ini.
 Tanda-tanda hipoglisemia
  • Lemah, menggigil
  • Berpeluh
  • Pening
  • Lapar
  • Penglihatan Kabur
  • Letih-lesu
  • Sakit kepala
Apakah tanda-tanda hipoglisemia1Apakah tanda-tanda hipoglisemia2Apakah tanda-tanda hipoglisemia3
 Penyebab hipoglisemia
  • Tidak makan atau lewat makan selepas makan ubat atau suntikan insulin
  • Tidak ambil sumber karbohidrat yang mencukupi
  • Aktiviti fizikal yang tidak dirancang
  • Senaman yang lasak
  • Dos insulin atau ubat diabetes yang berlebihan.
Bagaimana untuk mencegah hipoglisemia?
  • Ambil ubat/ insulin mengikut dos yang diarahkan
  • Makan secara tetap mengikut waktu dan kuantiti yang cukup
  • Aktiviti fizikal seperti senaman yang aktif atau sederhana adalah tidak digalakkan. Walau bagaimanapun, senaman yang disarankan oleh Pegawai Perubatan adalah dibenarkan
  • Memantau paras gula dalam darah.
Cara mengatasi hipoglisemia
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda hipoglisemia, minum ½ cawan air manis atau hisap 3 biji gula-gula atau 3 sudu teh gula/madu
  • Kemudian, rehat 10 hingga 15 minit. Jika paras gula darah tidak kembali paras normal, sila ulangi langkah 1 sekali lagi
  • Jika jarak masa makan yang seterusnya adalah lebih dari 20 minit, sila ambil 1 hidangan karbohidrat kompleks seperti 1 keping roti atau 1 keping sandwich atau 3 keping biskut kraker krim atau 1 biji buah atau 1 cawan susu.

Tanda-tanda hiperglisemia
  • Kerap buang air kecil
  • Terlalu dahaga
  • Sangat letih
    Apakah tanda-tanda hiperglisemia1    Apakah tanda-tanda hiperglisemia2   Apakah tanda-tanda hiperglisemia3

Tanda-tanda dehidrasi
  • Amat dahaga
  • Kulit dan lidah yang terlalu kering
  • Fikiran terganggu
     Apakah tanda-tanda dehidrasi1    Apakah tanda-tanda dehidrasi2     Apakah tanda-tanda dehidrasi3 

Pengubahsuaian Diet dan Ubat Ketika Berpuasa
Pengubahsuaian diet dan ubat-ubatan adalah berbeza untuk setiap individu. Antara rawatan tersebut adalah :
1)  Diet sahaja
Risiko bagi pesakit yang mengawal diabetes hanya melalui diet dan gaya hidup sahaja adalah rendah. Walau bagaimanapun, mereka masih mempunyai risiko sekiranya tidak mengawal pemakanan terutamanya ketika berbuka puasa.
Pembahagian daripada 2 ke 3 hidangan waktu makan dapat membantu mengurangkan berlakunya hiperglisemia (kenaikan gula dalam darah). Berpuasa pada bulan Ramadan hanya sesuai kepada pesakit yang dapat mengawal pemakanan dengan betul.

2)  Diet VS ubat tablet atau kapsul
A.  Sekali sehari
i)  Jika ingin mengambilnya semasa bersahur :
  • Ambil sebelum atau selepas bersahur mengikut arahan ubat tersebut.
ii)  Jika ingin mengambilnya semasa berbuka :
  • Bagi arahan sebelum makan, berbuka dahulu dengan air dan buah tamar dan ambil ubat. Ambil makanan utama selepas 20 hingga 30 minit kemudian.
  • Bagi arahan selepas makan, ambil ubat selepas berbuka. Adalah digalakkan untuk berbuka dengan air dan buah kurma, rehat atau solat maghrib dahulu, baru makan makanan utama dan ambil ubat selepas makan.
B.  Dua kali sehari sebelum makan
  • Ambil ubat sewaktu berbuka dengan segelas air kemudian ambil makanan selepas setengah jam
  • Pengambilan dos kedua haruslah setengah jam sebelum bersahur
C.  Dua kali sehari selepas makan
  • Ambil ubat sewaktu selepas berbuka dan selepas bersahur
D.  Tiga kali sehari sebelum makan
  • Ambil ubat sebelum berbuka, sebelum tidur dan sebelum bersahur
E.  Tiga kali sehari selepas makan
  • Ambil ubat selepas berbuka, sebelum tidur dengan minuman/ sedikit makanan dan selepas bersahur

3)  Diet VS Insulin
Saranan pengubahsuaian ubat insulin ketika berpuasa dan tidak berpuasa :
Jadual 1 : Pengubahsuaian ubat insulin ketika berpuasa dan tidak berpuasa.
Jika Tidak berpuasaJika Berpuasa
Insulin (basal)
Humulin N, Insulatard
(contoh : 10 unit malam)
  • Tiada perubahan, suntik pada waktu biasa sebelum tidur
Humulin N, Insulatard
(contoh : 10 unit malam)
Insulin (bolus)
Humulin R, Actrapid
(contoh : 12 unit 3 kali sehari)
  • Separuh dos waktu sahur
  • Abaikan dos waktu tengah hari
  • Dos penuh waktu berbuka puasa
(contoh : 6 unit waktu sahur, 12 unit waktu berbuka)
Insulin Tindakan Campuran (premixed)
Humulin 30/70, Mixtard
(contoh : 30 unit pagi dan 20 unit petang)
  • Pastikan pengambilan air yang mencukupi
  • Dos sahur : separuh dos yang dikhususkan untuk waktu petang (dos kecil)
  • Dos berbuka puasa : ambil keseluruhan dos waktu pagi (dos besar)
(contoh : 10 unit waktu sahur, 30 unit waktu berbuka)

Kesimpulan
Pesakit diabetes mempunyai pelbagai risiko dan komplikasi ketika berpuada pada bulan Ramadan. Risiko seperti hipoglisemia dan hiperglisemia sering berlaku kepada pesakit yang tidak dapat mengawal pemakanan dan ubat ketika berpuasa. Oleh itu, pesakit perlulah mendapatkan rawatan awal dan berbincang dengan Pegawai Perubatan dan Pegawai Dietetik sebelum menghadapi bulan Ramadan.

Rujukan
  1. Benaji B. et al (2005) Diabetes and Ramadan: review of the literature. Diabetes Research and Clinical Practice, 73 (117-125).
  2. Diet dan diabetes (2000) Diabetes Mellitus and fasting (Puasa) during Ramadan.   Malaysian Diabetes Association.
  3. Fereidom A. & Behnam S. (2003) Ramadan fasting and diabetes mellitus. Archieve of Iranian, Voume 6, Number 4 (237-242).
  4. Ibrahim eta al. (2004) A population-based study of diabetes and its characteristics during the fasting month of Ramadan in 13 countries. Diabetes Care, Volume 27, Number 10 (2306-2311).
  5. Monira et al. (2010) Recommendations for management of Diabetes during Ramadan. Diabetes Care, Volume 33, Number 8 (1895-1902).
  6. Hyperlink: http://mps.org.my/newsmaster.cfm?&action=view&menuid=37&retrieveid=2388
  7. Jadual 1: Pamplet Pengubahsuaian Dos dan waktu pengambilan ubat di Bulan Ramadan. Farmasi Pesakit Luar, Hospital Sulatanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

HUKUM SUNTIK INSULIN BAGI PESAKIT DIABETES KRONIK DI BULAN RAMADHAN

Soalan:
Assalamualaikum ustaz. Apakah hukum suntik insulin bagi pesakit diabetes kronik pada siang hari di bulan Ramadhan.

Jawapan:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Di antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja. Kata Ibnu Ruslan di dalam matannya :
وكُـــلِّ عَـيْــنٍ وَصَــلَــتْ مُـسَـمَّــى# جَـــوفٍ بِمَـنْـفَـذٍ وذِكْــــرِ صَــوْمَــا
كالـبَـطْـنِ والـدِّمَــاغِ ثـــم الـمُـثُــنِ# ودُبُــــــرٍ وبـــاطِــــنٍ مِـــــــن أُذُنِ
Jika ada sesuatu yang masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga, mulut, lubang punggung dan lubang kemaluan lelaki atau perempuan dengan sengaja maka terbatal lah puasanya. Dan wajib baginya untuk menggantikan puasa yang terbatal tadi. Jika ada yang masuk ke dalam selain daripada yang disebutkan seperti mata dan lain-lain maka ianya tidak membatalkan puasa.
Imam Al-Nawawi menyebut :“Di antara perkara yang membatalkan puasa ialah masuknya sesuatu ke dalam rongga (yang terbuka).” Rujuk Raudhah Al-Talibin Wa ‘Umdah Al-Muftin (2/356)
Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk mengawal paras gula di dalam badan. Penyakit kencing manis atau diabetes menyebabkan badan gagal menghasilkan insulin atau insulin tidak dapat digunakan dengan sempurna. Suntikan insulin adalah sebagai bantuan untuk mengawal paras gula yang ada di dalam badan.[1]
Para ulama telah membincangkan berkenaan hukum menyuntik apa-apa suntikan ketika siang bulan Ramadhan.
  1. Jika suntikan itu suntikan yang mendatangkan khasiat dan tenaga maka ianya membatalkan puasa. Ianya sama sahaja seperti makan dan minum dengan sengaja. Ini berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah R.A :
مَنْ نَسِىَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa dalam keadaan puasa kemudian dia makan atau minum maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.”
Riwayat Muslim (2772)
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa hadith ini menjadi dalil bagi kebanyakan ulama. Jika seseorang makan atau minum atau berjimak dengan tidak sengaja ketika siang bulan Ramadhan maka ianya tidak membatalkan puasa. (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sohih Muslim, 8/35). Namun jika ia dilakukan secara sengaja ia merupakan satu perbuatan yang membatalkan puasa.
Sama halnya dengan suntikan yang mendatangkan khasiat dan tenaga di siang hari bulan Ramadhan. Ia membatalkan puasa. Inilah yang dinyatakan oleh Imam Al-Nawawi di dalam karyanya Al-Majmu’. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 6/313)
  1. Jika suntikan itu bukan suntikan yang mendatangkan khasiat dan ianya adalah untuk tujuan perubatan maka perlu dilihat dan diperincikan:
  • Jika suntikan itu melalui urat yang bersambung dengan rongga. Ini kerana ia menyebabkan ubat itu sampai kepada rongga. Maka ianya membatalkan puasa. Kata Imam Al-Nawawi : “Jika ia mengubati atau merawat lukanya lalu ubat tersebut sampai kepada rongganya maka ianya membatalkan puasa di sisi kami.” Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab (6/320)
Ini adalah pandangan kebanyakan ulama syafi’iyah, hanafiah dan sebahagian ulama bermazhab hanbali. Sheikh Mansur Al-Buhuti menyebut :“Yang merosakkan (membatalkan puasa) ialah menyuntik sesuatu melalui dubur. Ini adalah perbuatan yang membatalkan puasa kerana ia menyebabkan benda itu sampai ke rongga. Ia adalah seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga secara terus. Begitu juga batal puasa jika mengubati atau merawat dengan melalui kawasan yang boleh menyampaikan ubat itu kepada rongga. Ini kerana ianya dilakukan dengan pilihannya sendiri.” Rujuk Kassyaf Al-Qina’ ‘an Matn Al-Iqna’ (2/318)
  • Jika suntikan itu dilakukan melalui otot-otot badan atau anggota badan yang lain seperti peha atau lengan maka ianya tidak membatalkan puasa. (Rujuk Al-Taqrirat Al-Sadidah Qism Al-‘Ibadah, hlm 452). Ini juga merupakan keputusan perbincangan oleh Majma’ Al-Fiqh Al-Islami yang telah diadakan di Arab Saudi pada 28 Jun sehingga 3 3 Julai tahun 1997.
Kesimpulannya, kami mengatakan bahawa jika suntikan itu adalah suntikan yang berkhasiat dan memberi tenaga maka ianya membatalkan puasa. Begitu juga batal puasa jika suntikan itu dilakukan melalui urat atau bahagian yang boleh sampai kepada rongga. Akan tetapi, jika suntikan itu dilakukan melalui anggota yang lain seperti peha atau lengan maka ianya tidak membatalkan puasa.
Kami menasihatkan agar suntikan insulin ini tidak dilakukan di bahagian perut atau punggung. Ini adalah dua bahagian yang hampir dan bersambung kepada rongga. Namun perlu diingati bahawa suntikan insulin ini ada kesan sampingannya iaitu hipoglisemia. Ia boleh menyebabkan paras gula dalam badan menjadi terlalu rendah sehingga boleh melemahkan badan. Dalam keadaan seperti ini, maka diberi pilihan kepada pesakit untuk berbuka puasa dan boleh diganti puasanya itu. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
أَيَّامًا مَّعْدُودَٰتٍ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ
Maksudnya: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.”
Surah al-Baqarah (184)
Kami juga mengesyorkan bagi pesakit diabetes seperti persoalan di atas, hendaklah merujuk kepada pakar atau pegawai perubatan untuk mendapat nasihat serta mengamalkan cara suntikan agar ia benar-benar memberi manfaat dan tidak mendatangkan sebarang bentuk mudarat.
Kami akhiri dengan berdoa kepada Allah semoga Allah memberi kesihatan kepada kita semua:
اللَّهُمَّ اشْفِ مَرْضَانَا وَعَافِ مُبْتَلَانَا وَارْحَمْ مَوْتَانَا
Maksudnya“Ya Allah! Sembuhlah orang sakit di kalangan kami. Afiatkanlah orang yang diuji di kalangan kami dan rahmatilah orang yang telah mati di kalangan kami.”

Sunday, April 19, 2020

Tekanan Emosi Terkurung Di Rumah Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

TIDAK mahu tidak, penularan wabak Covid-19 memberi kesan kepada masyarakat serta individu dalam menghadapi kehidupan seharian.
Keadaan itu dilihat semakin menggusarkan apabila kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara rasmi bagi menyekat pergerakan orang awam untuk mengawal penularan wabak itu.
Situasi ini mewujudkan kesan kepada psikologi masyarakat serta individu.
Hakikatnya, masyarakat berdepan pelbagai isu emosi seperti risau, gemuruh serta tekanan. Perkara ini mampu membuatkan masyarakat cemas dan ramai mula membuat pembelian panik terutama bekalan makanan.
Kajian psikologi daripada pandemik yang sebelum ini seperti Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) mendapati tempoh PKP atau kuarantin sepanjang tempoh pandemik mempunyai hubungan signifikan dengan isu psikologi seperti tekanan emosi.
Secara psikologi, individu mungkin akan menghadapi corak pemikiran negatif yang boleh menjejas emosi mereka sepanjang PKP dilaksanakan.
Emosi negatif di sini merujuk kepada segala pemikiran negatif berkaitan diri sendiri, tidak berpuas hati mengenai masa depan, kesulitan dalam hubungan rumah tangga, kesukaran dalam menyampaikan emosi positif, perasaan terasing dari ahli keluarga dan rakan-rakan.
Justeru, setiap individu perlu mengambil langkah positif untuk mengekalkan kestabilan emosi ketika menghadapi situasi ini.
Aspek penyesuaian diri memainkan peranan penting dalam menentukan kefungsian mental serta tingkah laku seseorang untuk menjaga kestabilan emosi bagi menjalani perubahan dalam aktiviti harian.
Terdapat beberapa teknik psikologi yang membantu dalam mengatasi tekanan emosi individu serta membantu dalam mengekalkan kestabilan emosi.
Misalnya, mengawal suhu badan dengan merenjiskan air di muka atau memegang kiub ais akan membantu untuk menenangkan diri secara fizikal dan emosi.
Begitu juga dengan senaman ringan yang mampu meningkatkan hormon endorfin untuk menenangkan fikiran. Teknik relaksasi otot juga dilakukan dengan menegangkan otot selama 10 hingga 15 saat secara kuat dan kemudian merehatkan otot itu selama 15 hingga 20 saat juga membantu mengurangkan tekanan.
Bagi menangani emosi keresahan dan ketakutan dijangkiti virus itu, masyarakat perlu melihat pada aspek rasional bagaimana menularnya wabak Covid-19 itu.
Isu emosi ketakutan seperti ini dapat ditangani melalui kemahiran penerimaan sumber maklumat yang boleh dipercayai mengenai wabak Covid-19.
Individu perlu menerima realiti dan amalkan pemikiran positif. Pemikiran yang rasional adalah penting untuk menangani emosi kerisauan sepanjang krisis Covid-19.
Emosi kecewa dan bosan juga adalah antara isu emosi yang berkemungkinan dihadapi seseorang individu sepanjang situasi ini.
Keadaan seperti terkurung di rumah, perubahan dalam rutin harian serta kekurangan dalam perhubungan sosial atau fizikal juga boleh menimbulkan isu emosi yang tidak stabil.
Oleh itu, emosi berkenaan dapat diatasi dengan membabitkan diri dalam aktiviti yang boleh mencerdaskan minda dari emosi negatif.
Di samping itu, digalakkan bagi setiap individu untuk menggunakan teknik melatih minda untuk menilai kekecewaan dari perspektif yang berbeza.
Mengalihkan emosi yang tertekan seperti perasaan kecewa atau bosan dengan melakukan aktiviti menonton filem berunsur lucu, membaca buku motivasi serta melakukan aktiviti kraf yang boleh mengalihkan pemikiran ke arah yang positif serta lebih kreatif.
Tingkatkan fokus pada perkara yang positif untuk menikmati ketenangan dalaman juga adalah teknik mengalihkan pemikiran yang efektif.
Penjagaan kesihatan, pemakanan sihat dan tidur yang cukup adalah faktor yang penting untuk membantu mengekalkan emosi yang stabil, mewujudkan waktu santai untuk luahan emosi bersama ahli keluarga juga teknik terbaik bagi menghilangkan emosi sedih dan letih.
Teknik ini boleh membantu mengekalkan perhubungan yang sihat serta membina sistem sokongan yang kuat bersama ahli keluarga.
Secara keseluruhannya, kestabilan emosi dalam menangani krisis Covid-19 ini adalah penting bagi memastikan setiap individu menjalani rutin harian tanpa sebarang tekanan.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk berusaha mengekalkan kestabilan emosi dengan amalan sikap yang positif demi menjaga kesejahteraan mental, fizikal dan sosial.

Penulis adalah Pegawai Psikologi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Pemangku Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga

Sunday, April 5, 2020

Kemahiran Berkomunikasi

Pengenalan

Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.
Apakah komunikasi yang berkesan?
Komunikasi yang baik merangkumi:
  • Penerangan yang jelas
  • Menunggu giliran untuk bercakap
  • Tidak ada yang baik dan buruk
  • Membantah dengan tenang
  • Berkomunikasi dengan sopan di mana ia pendek dan jelas
  • Bertentang mata
  • Duduk tegak
  • Berkomunikasi dengan nada biasa
  • Bercakap bila perlu
  • Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
  • Meminta pertolongan dengan baik
  • Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati
Apakah komunikasi yang tidak berkesan?
Komunikasi yang tidak berkesan adalah:
  • Mencaci
  • Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap
  • Bercakap tanpa henti atau terlalu diam
  • Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap
  • Bercakap sambil lewa
  • Menjerit
  • Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar
  • Melepaskan geram
Apakah prinsip-prinsip komunikasi yang berkesan?
  • Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian
  • Mendengar dengan minat
  • Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain
  • Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya
  • Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa menyakiti hati pendengar
Bagaimanakah keberkesanan mendengar?
  • Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka
  • Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh minat. Beri sepenuh perhatian
  • Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti “oh” atau “Umm-hmm”
  • Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang diperkatakan
Kenapakah kemahiran berkomunikasi ini perlu?
  • Orang akan mendapati diri anda lebih menarik
  • Anda akan mendapat ramai kawan
  • Anda akan lebih difahami
  • Anda akan lebih baik di sekolah
Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?
  • Anda akan selalu salah faham dan bertengkar
  • Anda susah difahami oleh orang lain
  • Segala kemahuan tidak dapat dicapai
  • Anda tidak disukai
Kepada siapa anda perlu meminta bantuan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi anda?
  • Guru anda
  • Kaunselor
  • Pegawai Komunikasi
  • Pakar Psikologi
Tip bagi komunikasi berkesannya
  • Bagaimana anda berkomunikasi dengan orang lain?
  • Jawab soalan – soalan di bawah dan jumlah skor yang anda peroleh
Bagi setiap kenyataan bulatkan 1, 2, atau 3 bergantung kepada keberkesanan anda berkomunikasi dengan seseorang.