Wednesday, December 25, 2019

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :
Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;
1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya;
i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.
2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.
3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.
4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
 Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.
Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

Panduan Jika Berlaku Kematian Dalam Keluarga

Bila, di mana dan bagaimana cara kematian kita adalah rahsia Allah SWT. Sebagai hamba-Nya wajib untuk kita membuat persediaan menghadapi kematian ini. Paling utama sudah tentu amalan namun tak kurang penting adalah cara menguruskan kematian. Ini kerana ramai yang tidak tahu apa perlu dilakukan bila ada kematian terutama jika melibatkan ahli keluarga terdekat dan berlaku di rumah sendiri. Sebagai panduan perkara berikut perlu kita tahu.

Persediaan Sebelum :

  • Simpan nombor telefon ahli jawatankuasa masjid.
    Boleh juga ambil tahu nama-nama AJK masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah-wajah mereka.
  • Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.Ini bagi memastikan bayaran pengurusan jenazah dari awal seperti urusan memandikan, mengkafankan sehinggalah selamat dikebumikan, boleh didahulukan oleh pihak masjid.

Persediaan Selepas Berlaku Kematian :

1. Jangan cemas.Bertenang hadapi kematian.
2. Maklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah.
3. Hubungi saudara mara dan ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan kematian.
4. Sementara itu, pejamkan kedua-dua mata arwah dan ikat kedua-dua rahangnya menggunakan kain agar mulutnya tidak terbuka.Sapu sedikit minyak bayi di kelopak mata arwah untuk melembutkannya dan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
5. Begitu juga dengan setiap tulang-tulang sendinya.Sapu sedikit minyak pada kedua-dua siku untuk lembutkannya kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas          perut.
6. Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya agar ia tidak kelihatan kembung.
7. Disunatkan agar ditanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain yang nipis.
8. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.
9. Letakkan jenazah di tempat yang lebih tinggi daripada lantai seperti di atas tilam serta menghadapkannya ke arah kiblat.
10. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh jika kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
11. Dapatkan pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
12. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
13. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
14. Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.

INFO EKSTRA!

Terdapat dua perkara yang perlu diambil perhatian oleh ahli waris jika si mati meninggalkan harta. Pertama adalah membersihkan harta peninggalan si mati dan kemudian mengenalpasti siapakah mereka yang layak menerima harta warisan si mati.Sebelum harta warisan diagih-agihkan, ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu dari perkara-perkara yang masih diperlukan atau mempunyai kewajipan ke atas si mati.

Perkara tersebut ialah:

– Menolak perbelanjaan penyelenggaraan dan pengkebumian jenazah. Contohnya membeli kain kafan, menggali kubur, sewa kereta jenazah, upah kepada yang memandikan dan sebagainya.
– Menyelesaikan hutang si mati sama ada hutang kepada Allah dan hutang sesama manusia. Contoh hutang kepada Allah adalah seperti kifarat, nazar, haji dan lain-lain yang belum sempat ditunaikan oleh si mati.
– Melaksanakan wasiat si mati. Wasiat mestilah dipastikan tidak melebihi 1/3 daripada harta.
– Tuntutan harta sepencarian. Harta sepencarian perlulah di nilai dan dikembalikan kepada pasangan si mati atau mereka yang mempunyai kepentingan terhadap sesuatu harta atau asset yang ditinggalkan.
– Selesai keempat-empat urusan di atas, barulah baki harta boleh di agih-agihkan kepada ahli waris yang berhak.
Sumber: Blog Ustaz Saifudin & Kewangan Islam

Panaskan semula nasi boleh akibatkan keracunan ???

Ramai antara kita sudah tentu biasa menyimpan lebihan nasi, yang kemudian dipanaskan semula bila diperlukan.
Namun tindakan tersebut menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebenarnya boleh mengakibatkan keracunan makanan.
“Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan,” catat KKMPutrajaya di Twitter.
“Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih empat jam menyebabkan spora yang ada dalam nasi itu aktif semula. Dan ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun.”
Sebab itu tegas agensi kerajaan berkenaan, penyimpanan makanan mesti dititikberatkan.
Bagi memastikan sesebuah makanan bebas dan selamat, ia perlu disimpan dalam keadaan tertutup dalam peti sejuk.
Dikongsi hampir 5,000 warga maya, hantaran KKM mencetuskan pelbagai pertanyaan, hingga ada mempersoal kebenarannya ekoran belum ada yang maut kerana nasi dipanaskan semula.
Ada antara pengguna turut meminta KKM melampirkan jurnal penyelidikan yang menyokong kenyataan mengejut tersebut

Thursday, December 12, 2019

Arak Merosakkan Manusia

ARAK ialah minuman yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal peminumnya. Bukan agama Islam sahaja yang mengharamkan arak, agama lain turut melarang penganutnya minum arak kerana ia memudaratkan kesihatan serta perlakuan mereka.
Pengambilan minuman beralkohol memberi kesan serta-merta kerana ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak sebelum mengganggu fungsinya hingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, ingatan dan lain-lain peranan.
Pengambilan dua hingga tiga gelas alkohol dalam masa satu jam sudah cukup untuk menjadikan seseorang tidak stabil dan menyebabkan halusinasi.
Islam mengharamkan arak kerana ia boleh menjadikan manusia rosak akal dan hilang maruah diri. Saya tidak pernah dengar lagi orang melakukan kerja-kerja kebajikan seperti bersedekah atau membantu orang susah ketika mabuk.
Yang biasa kita dengar, pemandu mabuk mengakibatkan kemalangan jalan raya yang kerap membawa kepada kehilangan nyawa, sama ada dirinya sendiri mahupun orang lain.
Pemabuk biasanya akan mengeluarkan kata-kata yang sukar difahami, menyebut perkara yang bukan-bukan, berkelakuan kasar serta senang terlibat dalam pergaduhan.
Ada yang mengatakan pengambilan alkohol pada kadar sedikit atau sederhana baik untuk kesihatan? Benarkah dakwaan itu?
Dalam jurnal Lancet (Volum 392, Isu 10152, muka surat 987–988, 2018), artikel No Level of Alcohol Consumption Improves Health membincangkan hasil kajian melibatkan 195 negara dari tahun 1990 sehingga 2016.
Dapatan daripada kajian yang dijalankan menunjukkan alkohol adalah penyumbang besar kepada masalah kesihatan sejagat, tidak kira besar atau kecil kadar pengambilannya.
Kajian itu melibatkan mereka yang berumur 15 hingga 95 tahun, ada yang minum satu gelas minuman beralkohol sehari dan ada pula yang langsung tidak minum arkan sama sekali!
Garis panduan Ketua Pegawai Perubatan United Kingdom pada tahun 2016 juga menyatakan tidak terdapat kadar selamat untuk pengambilan alkohol (no safe level of alcohol consumption).
Senario semasa di Malaysia menyokong kenyataan itu bahawa kemalangan maut yang diakibatkan oleh pemandu mabuk kian meningkat. Kehilangan nyawa orang yang mabuk itu adalah satu perkara.
Mudarat yang lebih besar adalah apabila ia melibatkan pihak-pihak lain yang tidak bersalah bukan sahaja kerugian yang terpaksa ditanggung akibat kehilangan atau kerosakan harta benda, sama ada bagi individu atau kerajaan tetapi lebih malang lagi ia melibatkan kehilangan nyawa insan-insan yang tidak bersalah dan pelbagai kesan negatif terutamanya ke atas ahli keluarga mereka yang tidak bersalah itu.
Negara-negara Barat sudah mula mengawal situasi rakyat pemabuk itu. Di Republik Ireland sebagai contoh, minum arak di tempat awam dilarang sama sekali kecuali di pub atau restoran berlesen.
Begitu juga Kanada (kecuali Quebec), di mana minum arak di tempat awam menjadi satu kesalahan.
Negara-negara lain yang melarang minum arak di tempat awam ialah Perancis, Norway, Lithuania dan Chile.
Jika negara-negara bukan Islam pun melarang rakyatnya mahupun pelancong minum arak di tempat awam, bagaimana pula negara kita yang mewartakan Islam sebagai agama Persekutuan?
Jika golongan yang minum arak mahu menuntut hak mereka untuk minum, rakyat Malaysia yang tidak minum arak juga menuntut hak untuk hidup selesa, selamat, dan bebas daripada mereka yang mabuk.
Sememangnya arak adalah sesuatu yang menjahanamkan tanpa sedikitpun kebaikan.
*Dr Johari Yap ialah Naib Presiden Macma Malaysia dan Pengerusi Macma Kelantan

Wednesday, December 11, 2019

Teknik Selamatkan Bayi Tercekik

Sekiranya anak mengalami simptom tercekik makanan atau sebarang objek teknik menyelamat mengikut kaedah Tekan Perut atau Manuver Heimlich boleh dilakukan.

Tanda-Tanda Bayi Tercekik

1) Tidak boleh bercakap dan menangis.
2) Muka menjadi biru.
3) Memegang tekak dan minta bantuan.
4) Kelihatan panik.
5) Tidak sedarkan diri.

Teknik Tekan Perut / Manuver Heimlich
Teknik menekan perut adalah di mana penolakan udara secara mengejut ke laluan trakea dari diafragma (bahagian perut) yang boleh menolak keluar objek atau makanan yang tersekat.

Walaupun teknik ini kelihatan mudah, ia perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati terutamanya ke atas anak kecil. Terdapat juga teknik khas untuk menekan perut kepada bayi kerana saiz mereka yang kecil dan jika ia tidak dilakukan dengan betul boleh memburukkan lagi keadaan.

Oleh sebab itu, teknik ini paling selamat dilakukan oleh individu yang terlatih. Apa yang boleh ibu bapa lakukan? Ia bergantung kepada situasi:

Jika kanak-kanak masih boleh bernafas

1. Jika kanak-kanak itu sedang tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada.

2.  Jangan cuba keluarkan objek atau makanan itu kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam.

3. Langkah terbaik dalam situasi ini adalah untuk tidak melakukan apa-apa, tetapi beri perhatian penuh ketika kanak-kanak itu batuk sehingga dia kembali bernafas seperti biasa.

Jika kanak-kanak tidak boleh bernafas

1. Minta bantuan kecemasan. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan, ini termasuk nombor hospital terdekat, nombor keluarga terdekat serta jiran.

2. Jika kanak-kanak itu sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mula menjadi biru, gunakan teknik menekan perut. Ini boleh dilakukan oleh sesiapa yang sudah dilatih melakukan teknik ini.

Teknik Heimlich Manuver bagi bayi berumur bawah 1 tahun & dalam keadaan sedar

1. Menggunakan lengan, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah, dengan sokongan peha.

2. Pastikan torso bayi lebih tinggi daripada kepala.

3. Tepuk bahagian belakang, antara tulang belikat bayi menggunakan tapak tangan sehingga lima kali.


4. Seterusnya, pusingkan bayi sambil terus menyokong kepala lehernya.

5. Jika objek masih tidak keluar dari laluan pernafasan, tekan bahagian dada atau tengah-tengah sternum menggunakan 2 atau 3 jari dengan cepat sehingga 5 kali.

Ulang teknik, iaitu tepukan di bahagian belakang bayi dan penekanan di bahagian dada sehingga objek keluar. Jika ia tidak diteruskan anak mungkin tidak sedarkan diri.

Jika bayi masih tidak bernafas, anda boleh membuka laluan pernafasan dengan meletakkan ibu jari di mulut anak dan genggam gigi kacip atau gusi. Bahagian rahang perlu dinaikkan supaya anda boleh melihat objek yang tersekat.

Jangan cuba keluarga kecuali…

JANGAN cuba keluarkan objek tersebut melainkan anda melihat objek dengan jelas. Anda berkemungkinan menolak lagi objek ke dalam tekak anak, dan ini lebih merbahaya.

Lakukan teknik CPR, jika perlu.

Bawa kanak-kanak ke hospital secepat mungkin, terutamanya jika kanak-kanak itu terus tidak boleh bernafas dan tidak sedar.

Sumber: Astroawani

Friday, December 6, 2019

Resepi Mencuci Buah Pinggang Dan Pundi Kencing

Sistem urinari merupakan sistem perkumuhan yang penting untuk badan kita. Kalau sehari tak pergi ke tandas untuk buang air kecil tu memang tak sah la kan? Jadi, melalui perkongsian dari Puan Hafiezah Abu Zarin yang merupakan pesa kit batu karang di laman Fa ce bo oknya, beliau berkongsi satu resipi mengenai minuman kesihatan yang ternyata dapat membantu mencuci buah ping gang dan pundi kencing kita.
Bukan sahaja mereka yang mengalami masalah buah ping gang saja yang boleh minum, malah kita yang ingin menjaga kesihatan dari peringkat awal pun boleh minum tau. Jom cuba!
TIPS DARI PESA KIT BATU KARANG
Saya sebagai pesa kit batu karang dalam buah ping gang dan pundi kencing. Kepada yang kencing tak lawas , kencing rasa sa kit, batu karang , kencing kotor, apa saja lah yang berkaitan dengan buah pinggang dan pundi kencing, boleh cuba resepi ni…doktor yang bagi. Dia sangat bagus untuk cuci buah pinggang dan pundi kencing. Doktor pesan cuba amal untuk 30 hari. Sehari minum 1 kali sahaja, terpulang nak minum waktu mana.
BAHAN-BAHAN:
1. 1 biji epal hijau (tak payah buang kulit)
2. 1 inci timun (buang kulit)
3. 1 inci lobak putih (buang kulit)
4. 1 inci celery
5. 1 gelas air masak
Blend smua sekali, tak payah tapis.
READY TO DRINK
Senang saja caranya, boleh la kita cuba nanti ya. Jom jaga buah ping gang kita supaya sentiasa sihat!
Sumber: Hafiezah Abu Zarin Pijahjeff

Wednesday, December 4, 2019

Makanan Pedas Boleh Mengakibatkan Hilang Ingatan

Makan makanan pedas didapati boleh menyebabkan hilang ingatan menurut beberapa kajian yang dibuat oleh Universiti of South Australia dan Qatar University. Mereka mendapati individu yang suka makan makanan pedas setiap hari berisiko tinggi untuk mengalami dementia (nyanyuk, pelupa atau masalah memori).

Melalui kajian tersebut, penyelidik mengkaji seramai 4,582 orang dewasa berusia 55 tahun dan dewasa lebih dari 15 tahun di mana pengambilan makanan beserta memori mereka dipantau. Mungkin anda yang gemarkan rasa pedas akan berfikir dua kali sama ada mahu menambahkan rasa pedas atau tidak dalam hidangan anda selepas ini.

Bagi kebanyakan orang, setiap hidangan tidak lengkap andai kata tidak diselitkan dengan rasa pedas seperti sambal atau serbuk cili. Malah, ada yang menggigit cili api secara mentah-mentah, baru pedasnya terasa puas.

Apa yang mengejutkan, keputusan kajian mendedahkan peserta yang makan lebih dari 50 gram cili sehari berisiko dua kali ganda mengalami masalah penurunan memori dan kognisi yang lemah

Keputusan itu turut mendedahkan masalah penurunan memori itu lebih mudah berlaku sekiranya penggemar makanan pedas adalah daripada mereka yang bertubuh kurus.

Dr Zumin Shi yang mengetuai kajian itu berkata,

“Pengambilan cili didapati bermanfaat untuk berat badan dan tekanan darah dalam kajian terdahulu.

”Walau bagaimanapun, dalam kajian ini, kami mendapati terdapat kesan buruk terhadap golongan dewasa terutamanya orang tua.”

Satu analisis diet peserta juga menunjukkan bahawa pengambilan kedua-dua cili segar dan kering memberikan kesan ke atas daya ingatan, tetapi tidak bagi pengambilan capsicum atau lada hitam.

Walaupun begitu, kajian kini masih diteruskan bagi mencari penjelasan yang tepat terhadap perkara ini.

Sumber: https://ceritamenarik.com

Tuesday, December 3, 2019

Khasiat Buah Nanas

Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan acap kali risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka makan langsung buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nanas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak!

1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan


4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nanas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.

Kurangkan Sakit Artritis

7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom terowong karpal dan gout.

10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

Sumber: sehinghit.blogspot.com

Monday, December 2, 2019

Khasiat Terung


Terung merupakan sayuran berwarna ungu yang punya kandungan nutrisi luar biasa. Di dalam terung mengandung kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K.

Kita mungkin sudah sering mengambil sayuran ini tanpa mengetahui begitu besarnya khasiat sayuran terung tersebut. Mulailah mencintai sayuran tersebut, kerana kami akan mengulas banyak manfaat sayuran yang berwarna ungu ini. Jadi, apakah manfaat terung bagi kesihatan tubuh? Terung menjadi salah satu makanan yang sudah tidak asing di semua lapisan masyarakat

Harganya yang berpatutan menjadikan terung salah satu makanan yang digemari. Namun kurang mengambil tahu kandungan dan khasiat terung menjadikan sayuran ini mulai tersisih dari makanan harian kita.

Malahan menu untuk terung ungu agak kurang di revolusi kan oleh tukang masak mungkin kerana kurangnya permintaan. Jadi kami berharap dengan perkongsian khasiatnya yang bakal anda baca ini akan membuatkan anda lebih gemar untuk makan terung selepas ini.

Inilah 7 Manfaat Terung Ungu Yang Patut Disebarkan

1.Makanan Otak.

Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat di perlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu menutrisi otak, maka terung akan menjadi salah satu solusinya.

2.Pencernaan Yang Lebih Baik.

Kandungan serat yang tinggi dalam terung dapat membantu menyehatkan saluran pencernaan serta menghindarkan kanser yang boleh menyerang usus besar anda.

3.Pencegah Diabetes.

Ini disebabkan, terung merupakan sumber serat dan rendah karbohidrat larut yang sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.

4.Makanan Untuk Jantung.

Ini dsebabkan, Terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung tersebut.

5.Pengawal Tekanan Darah Tinggi.

Kandungan bioflavonoid berperan besar dalam membantu menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh mengancam kualiti kesihatan tubuh anda.
6.Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat.

Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.

7.Pencegah Anemia.

Kandungan zat besi dalam terung ungu akan membantu mencegah anemia atau kurang darah yang mungkin diderita oleh sebahagian orang.

Sumber: Petua Ibu