Friday, July 19, 2019
Sedap Memang Sedap Tapi AWAS...
Sejak seminggu dua ini, di hospital-hispital doktor mendapati peningkatan kes-kes jantung (ser4ngan jantung dan tekanan d4rah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meningg4l dunia.
“Makcik mahu makan durian. Sudah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi peny4kit buah pinggang, dia tidak menyentuh durian. Jadi semalam dia minta dari anak dia mahu makan seulas sahaja. Sedar-sedar pagi ini sudah keletihan, sesak nafas, s4kit dada.” Ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya.
Pes4kit ini datang ke jabatan kecem4san dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.
Akhirnya beliau meningg4l dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).
BUAH DURIAN
Isinya yang kuning menarik hati sesiapa sahaja untuk mengambilnya
POTASSIUM
Terdapat banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Diantaranya adalah kalsium, fosfat, magnesium, potassium dan sodium. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang dan tidak boleh terlalu lebih.
Potassium adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction).
Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia. Contohnya disebabkan muntah atau cirit-birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).
BAHAYA MAKAN DURIAN
Cirit-birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah
Jika terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membah4yakan ny4wa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.
JIKA BERLAKU KEGAGALAN BUAH PINGGANG
Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.
MAKANAN PALING BANYAK POTASSIUM
Antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.
Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.
Buah nangka juga mempunyai potassium yang tinggi
HINDARKAN BUAH INI DARI MEREKA YANG BERKENAAN
Oleh itu saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada dialisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut ny4wa mereka.
BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus dari mengambilnya. Jika teringin juga, mungkin sekali-sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.
Jika anda mempunyai masalah buah pinggang seeloknya hindarlah buah durian kampong
Jangan pula tengahari anda sudah makan gulai nangka, malamnya anda mahu makan durian pula!
Saya kongsikan di sini, satu “case study” yang berlaku di sebuah hospital di tanah air.
POTASSIUM DALAM KURMA
Sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.
Namun kita jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.
Walaupun kurma mempunyai potassium yang tinggi, jarang-jarang kita mengambilnya dalam kuantiti yang banyak
Namun anda harus tetap berhati-hati kerana akhir-akhir ini terdapat banyak cara memproses kurma. Antaranya dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada di dalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.
Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan “sunnah”? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.
“Itulah dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah.”
Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud “the dose makes the poi son.”
Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah sub-bidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.
Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti (keupayaan) tersendiri memproses setiap bahan yang ada.
Bagi manusia yang sihat seperti kita, menghabiskan sebiji durian pun tidak mengapa. Kerana buah pinggang kita sihat dan mampu mengkumuhkan dan membuang potassium yang berlebihan.
Tetapi tidak boleh berbuat demikian bagi pesakit ESRD. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.
Air
Pengidap ESRD dan CCF tidak boleh meminum air yang terlalu banyak
Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung, mereka ini, PANTANG jika air berlebihan. Memang air adalah bagus untuk manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.
Namun tidak boleh bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki yang menjadi sembab, bahkan sehingga ke paru-paru dan menyebabkan sesak nafas.
CONTOH LAIN
Contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Walaupun nasi adalah makanan berkhasiat dan berzat, pesakit kencing manis, tidak boleh mengambil nasi seperti orang sihat.
Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI untuk mengambil buah-buahan yang tidak sesuai dengan anda.
Nasi
Pesakit diabetes elakkan mengambil nasi yang banyak
HATI-HATI DENGAN KAFFEIN
Kita sering mendengar tentang “kopi habbatussauda”. Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan “kopi habbatussauda” kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan peny4kit d4rah tinggi yang dihidapinya.
Beliau dihasut dengan dakwaan ub4t hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sebagainya, dan disuruh mengamalkan ‘Perubatan Sunnah’ iaitu Habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meningg4l dunia akibat strok (angin ahmar).
Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil “natural” kerana apa yang “natural” bagi seorang, mungkin menjadi “pathological” bagi orang lain.
Habatus Sauda
Habatus Sauda adalah makanan sunnah dan bagus jika diambil secara tidak berlebihan.
Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB “bolehkah saya ambil supplemen ini”, saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda OK atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.
Akhir kata, walau apapun pandangan doktor tentang buah durian, paling penting adalah orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.
Semoga artikel yang dikongsikan ini anda habis membacanya. Ambil yang baik dan buang yang tidak baik.
Wednesday, July 17, 2019
Cara Sembuhkan Sakit Gout
15 Tahun Suami Menderita Sakit Gout, Akhirnya 3 Bahan Ini Sembuhkannya Dalam 1 Bulan
Gout merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada lebihan asid urik dalam tubuh. Gout biasanya akan menyerang pada bahagian jari kaki, tangan, sendi, lutut dan buku lali.
Selain berjumpa dengan doktor pakar, gout boleh dirawat secara semulajadi dengan mengamalkan petua yang dikongsikan oleh Cik Mel Neena. Menurutnya, petua ini sudah diamalkan oleh suaminya yang menderita gout selama 15 tahun. alhamdulillah, memang amat berkesan. 1 bulan dah sembuh sepenuhnya.
Jom ikuti perkongsian beliau di bawah
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
1 biji timun
2 batang saderi/celery
3 hirisan lemon, kena buang bijinya nanti pahit
CARA-CARA MEMBUAT
1. Kisar. Masukkan semua dalam slow juice maker, kat Lazada ada jual, harga dalam RM179, untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Dapatlah dalam dua gelas jus.
Kalau tak ada slow juice maker, mesin pengisar / blender pun boleh juga. Tambah satu gelas air dan kisar semua bahan tadi dan tapis jusnya..
2. Amalkan meminum 2 kali sehari. Satu gelas selepas bangun tidur iaitu awal pagi dan satu gelas sebelum masuk tidur pada waktu malam.
Pada masa yang sama, perlulah jaga pemakanan dan mengawal diet setiap hari, amalkan gaya hidup yang sihat.
Semoga bermanfaat
Merawat Penyakit Kulit Dengan Rumput Sambau
Rumput sambau atau nama lainnya rumput kaki angsa / gelang sambau merupakan tumbuhan liar yang senang tumbuh dimana-mana.
Sesetengah orang namakannya rumput 'degil' kerana tumbuhan ini sukar di hapuskan walaupun menggunakan racun.
Namun, tahukah anda, rumput ini mempunyai manfaatnya tersendiri yang masih ramai tidak tahu. Sebab itulah setiap pokok yang Tuhan ciptakan di bumi ada kegunaannya.
Menerusi perkongsian Syeera Azhar di laman sosial, dia bagitahu bagaimana rumput sambau ini boleh merawat penyakit kulit seperti kurap.
Cara merawat kurap dengan rumput sambau
- keluar rumah, buat tinjaun tengok sekeliling rumput-rumput kalau ada dan jumpa
- cabut rumput tu dengan akar-akar sekali, basuh la sampai bersih
- lepastu bancuh bedak sejuk, masa nak sapu tu guna akar dia untuk sapu kat kayap tu..
- Jangan guna tangan, bagi akar dia yang kena kayap tu
Penting : Mestilah orang lain yang buatkan, bukan buat sendiri.
Masa sapu baca Alfatihah dan juga selawat mohon supaya di berikan kesembuhan, insyahallah dengan izin Allah, boleh kurap sembuh.
Kredit: Syeera Azhar
Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa like dan share artikel ini kepada kawan-kawan. Terima kasih.
Khasiat bawang putih mampu merawat 21 jenis penyakit
OLEH kerana mempunyai pelbagai khasiat yang baik, bawang putih banyak digunakan dalam masakan Masyarakat Cina. Hampir semua masakan mereka menggunakan bawang putih disebabkan khasiatnya yang boleh mengeluarkan angin di dalam badan selain menyedapkan makanan.
Manakala masyarakat India menggunakan bawang putih dalam penyediaan kari dan dalca. Masyarakat Melayu juga tidak terkecuali menggunakan bawang putih dalam masakan seperti rendang, asam pedas dan pelbagai jenis masakan lain.
Bawang putih telah diakui kepentingannya dalam bidang perubatan kerana itulah ia sudah ditanam dan digunakan sejak beribu tahun dahulu kerana dipercayai dapat digunakan dalam rawatan pelbagai jenis penyakit.
Bawang putih mengandungi alliin iaitu sejenis sebatian kimia. Apabila bawang putih dihancurkan, sejenis enzim yang dipanggil alliinase akan dikeluarkan dan bertindakbalas dengan alliin bagi membentuk alliisin.
Allisin adalah sejenis sebatian yang tidak stabil dan ia akan bergabung dengan sebatian mengandungi sulfur bagi menghasilkan bau unik bawang putih.
Antara kelebihan bawang putih
kelebihan bawng putih
1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, antivirus, anti barah, dan mencegah sakit jantung.
2. Bawang putih mengandungi dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.
3. Bawang putih juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah kerana kehadiran bahan fitokimia metalilalil trisulfat. Bahan ini berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah.
4. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat di elakkan.
5. Agen anti-kulat dan berkesan merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli sukan di bahagian kaki mereka serta berkesan bagi mengelakkan jangkitan 20 peratus species kulat lain.
6. Bertindak sebagai antiseptik, diuretik, insecticide, pencuci organ di dalam tubuh, sedative, bahan perangsang dan tonik untuk jantung.
7. Kandungan allicin dalam bawang putih mampu mencegah tumor kerana bahan ini bertindak menyekat pembiakan sel-sel tumor.
8. Digunakan sebagai ubat tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana boleh merangsang pengeluaran peluh.
9. Berfungsi untuk mengeluarkan angin di dalam perut, merangsang pengeluaran peluh, menyingkirkan cacing di dalam perut dan usus.
Cara menggunakan bawang putih di dalam merawat penyakit
1. Lemah urat
Kupas kulit 7 ulas bawang putih, basuh bersih dan rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk tapis kemudian minum tiga kali sehari.
2. Usus keras
Bakar tiga hingga lima ulas bawang putih, dikupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.
3. Anti-Kanser
Cara 1:
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.
Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit kemudian makan lakukan dua kali sehari.
4. Anti penuaan/ awet muda
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.
5. Kecacingan
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih kunyah kemudian hisap airnya.
Cara 2:
Kupas 3 ulas bawang putih, cuci, kunyah sehingga lumat kemudian telan. kemudian minum air suam. Lakukan satu hingga dua kali sehari.
6. Kulit muka berbintik hitam
Kupas bawang putih, tumbuk, campurkan dengan minyak badam, kemudian sapu pada bahagian muka yang berbintik hitam. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air bersih.
7. Jerawat
Kupas kulit bawang putih hiris nipis, letakkan pada wajah yang berjerawat dan Biarkan selama beberapa minit sebelum Bilas dengan air bersih lakukan sehingga jerawat hilang.
8. Lemah daya ingatan
Bakar 5 ulas bawang putih, kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.
9. Radang otak dan saraf
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih, tumbuk, campur sedikit madu kemudian pupuk ke atas urat di belakang leher sehingga tulang belakang berserta tulang rusuk.
Cara 2:
Makan sebiji bawang putih bersama susu lembu asli setiap pagi. Lakukan setiap hari.
10. Cirit-birit
Cara 1:
Kupas kulit 2 ulas bawang putih, cuci kemudian rebus dengan segelas air. Setelah sejuk, minum air rebusan sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari sehingga sembuh.
Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan lakukan dua kali sehari.
Cara 3:
Kupas kulit kunyit, bawang besar, dan bawang putih lalu rebus. Minum air rebusan tersebut.
Cara 4:
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya dan makan lakukan dua kali sehari.
11. Gastrik/ medu/ radang perut
Kupas kulit bawang putih kemudian kunyah dan telan. Makan dua kali sehari dan lakukan dua kali berturut-turut.
12. Kanser perut
Tumbuk bawang putih sehingga hancur, tapis dan ambil airnya. Campurkan sedikit gula dan madu, kacau sebati kemudian minum lakukan beberapa kali.
13. Perut kembung
Kupas 2 ulas bawang putih, cuci kunyah perlahan dan telan. Kemudian minum air hangat amalkan 3 kali sehari.
14. Sakit perut
Kupas 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan lakukan dua kali sehari.
15. Sistem pencernaan bermasalah
Cara 1:
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.
Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan dilakukan dua kali sehari.
16. Kuku jari tangan rapuh
Kupas bawang putih kemudian cucuk-cucukkan pada kuku berkali-kali.
17. Telinga bernanah
Bawang putih dikupas kulit, dibasuh bersih, ditumbuk lumat, diperah, ditapis, lalu dititiskan air perahannya ke dalam liang telinga.
18. Batuk biasa
Cara 1:
Kupas kulit 30 g bawang putih cuci kemudian tumbuk. Campurkan dengan gula besar dan segelas air. Rendam selama lima hingga enam jam. Minum 1 sudu besar setiap hari. Lakukan selama beberapa hari.
Cara 2:
Kupas kulit bawang putih tumbuk sehingga lumat beras serta tapis airnya. Kemudian campur kan satu sudu madu lebah dan minum.
Cara 3:
Tumbuk umbi pokok bawang putih hingga hancur dan ambil airnya. Campur kan air tersebut dengan sedikit madu dan gula kemudian minum.
19. Bronkus/ radang tengkorak
Kupas kulit 3 hingga 5 ulas bawang putih, basuh bersih kemudian rendam dalam air panas. Kunyah dan telan bawang tersebut.
20. Suara serak atau para
Kupas kulit 3 hingga 5 ulas bawang putih, basuh bersih kemudian rendam dalam air panas. Kunyah dan telan bawang tersebut.
21. Reumatik/ radang sendi dan otot
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih kemudian tumbuk hancur dan campur kan dengan rizom halia. Seterusnya tumbuk dan campurkan dengan minyak zaitun. Pupuk bahan tersebut pada bahagian yang sakit sebelum tidur dan bersihkan pada keesokan paginya.
Cara 2:
Rebus Daun dan batang bawang putih menjalar sehingga mendidih kemudian wapnya disedut ke dalam paru-paru.
Manfaat Pokok Senduduk
Pokok Senduduk adalah sejenis tumbuhan renek yang bercabang dan mempunyai buah yang berwarna keunguan, batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya pula mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh.
Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan banyak ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sejak dari dulu.
Antara manfaat senduduk ialah merawat luka luar dan dalaman. Ianya sering digunakan oleh golongan wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim.
KHASIAT POKOK SENDUDUK
* Senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan antaranya adalah :-
1. Apabila anda mengalami cirit birit – Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.
2. Masalah keputihan bagi kaum wanita – Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya
3. Menghilangkan bintik-bintik cacar – Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang
4. Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.
5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim.
6. Mengatasi Buasir – rebus akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia amat baik sebagai penawar kepada penyakit buasir atau simbelit.
7. Sakit Gigi – rebus daun, batang dan akar senduduk dan biarkan hingga suam. Kumur airnya, insyaAllah ia sakit gigi akan hilang.
8. Membuang angin, sakit tulang dan lenguh sendi urat – air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat sebagai mandian. Badan akan terasa lebih segar, sakit lenguh sendi tulang dan angin akan hilang, insyahallah.
MANFAAT DAUN SENDUDUK
Untuk menghilangkan rasa hanyir ikan-ikan air tawar seperti ikan keli, sila gunakan pucuk-pucuk atau daun senduduk.
Caranya, daun diramas-ramaskan bersama potongan ikan yang telah disiang atau dibersihkan. Gunakan bekas yang telah disiskan sedikit air dan masukkan potongan ikan tersebut bersama sejumlah daun senduduk dan ramas bersama potongan ikan sehingga lendir ikan hilang.
Semoga bermanfaat.
Sunday, July 14, 2019
Segala-galanya yang Anda Perlu Tahu Mengenai Palpitasi Jantung dan Kerisauan Melampau
Palpitasi jantung adalah salah satu daripada gejala fizikal kebimbangan yang paling biasa, dan mereka juga salah satu yang paling menakutkan. Apabila anda mengalami berdebar-debar, sukar untuk tidak memikirkan ada sesuatu yang serius dengan hati anda, dan itulah di mana ketakutan yang kuat datang.
Pada 2 kali berasingan saya akhirnya berada di bilik kecemasan di tengah malam kerana berdebar-debar, dan saya tidak istimewa. Sejumlah besar orang yang saya temui melalui laman web kecemasan saya memberitahu saya bahawa mereka juga telah berakhir di bilik kecemasan akibat berdebar-debar.
Kedua-dua sensasi fizikal dan kebimbangan psikologi yang datang dengan penderitaan boleh membuat hidup anda sengsara. Itulah sebabnya penderitaan anda perlu dihentikan, dan itulah jawatan ini di sini untuk membantu anda lakukan.
Mula-mula, mari kita mulakan dengan melihat bagaimana kebimbangan anda menyebabkan penderitaan anda di tempat pertama.
Mengapa Adakah Kegelisahan Menyebabkan Palpitasi Jantung?
menyebabkan imej berdebar-debar
Anda tahu apabila sesuatu yang tidak dijangka menakutkan anda, seperti ...
Baca lanjut di bawah....
Heart palpitations are one of the most common physical symptoms of anxiety, and they’re also one of the most terrifying. When you experience palpitations, it’s hard not to think there’s something serious wrong with your heart, and that’s where the intense fear comes from.
On 2 separate occasions I ended up in the emergency room in the middle of the night because of palpitations, and I’m not special. A large number of the people I’ve met through my anxiety websites tell me that they’ve also ended up in emergency rooms due to palpitations.
Both the physical sensations and the psychological worries that come with palpitations can make your life miserable. That’s why your palpitations need to be stopped, and that’s what this post is here to help you to do.
First, let’s start by looking at how your anxiety causes your palpitations in the first place.
Why Does Anxiety Cause Heart Palpitations?
cause of palpitations image
You know when something unexpected scares you, like almost crashing your car, or seeing a scary-looking stranger on a dark street at night?
When something like that happens, the fear you feel will trigger an adrenaline rush. An adrenaline rush is one of your body’s defence mechanisms and it affects your body in several ways:
it makes your heart beat faster
it makes your breathing quicken
it makes blood rush to your large muscles
it heightens your senses
An adrenaline rush has other effects too, but these are the ones you’ll notice.
All of these effects are to prepare you to do deal with some kind of danger. The adrenaline rush helps you get ready to either fight the danger, or to run away from the danger: the well-known “fight or flight” response.
And all of this is totally normal. When something scares you, your body should release adrenaline and you should notice all of those physical reactions that the adrenaline causes.
Then, you’ll deal with the danger or the danger will pass, the adrenaline will leave your system, and you’ll go back to feeling normal.
But constant anxiety messes with this natural process.
When you’re always anxious, you experience mini adrenaline rushes all throughout the day. They won’t feel as powerful as the adrenaline rushes caused by things like car crashes and fearing for your life, and you may not even notice them, but they’re happening all the time.
Your anxiety and worrying cause these mini adrenaline rushes, and the result is that adrenaline is constantly seeping into your bloodstream faster than your body can clear it.
This excess and unnecessary adrenaline inside you has all the same effects on your body as a natural, normal adrenaline rush, and one of those effects is a rapid, thumping heart.
So here’s how your anxiety causes your palpitations:
you’re constantly anxious and worried
your mind is tricked into thinking there’s genuine danger
you experience small, repeated adrenaline rushes
your body can’t clear the adrenaline fast enough
your adrenaline levels rise
your heart reacts to the high adrenaline levels and beats hard and fast
When you notice palpitations in the future, recall this series of events.
It’s easy to panic when you feel your heart pounding all around your body, but remind yourself that there’s a reason for your palpitations: your constant anxiety and the resulting high levels of adrenaline.
The root-cause of your palpitations is your anxiety, not a problem with your heart.
What Do Heart Palpitations Caused by Anxiety Feel Like?
palpitations symptoms image
I’ve had a lot of experience with palpitations. Through my 17 year battle with anxiety, palpitations were my worst physical symptom by far.
I’d experience them many times a day, sometimes constantly, and they were responsible for more hospital and doctor visits than any other problem my anxiety caused me.
This may sound familiar to you, because palpitations are a problem for almost everyone who lives with severe anxiety.
One of the worst things about palpitations is how scary they are. When you experience them, and you’re already an overly-anxious person, it’s understandable that you might interpret them as a sign of a serious problem with your heart.
For that reason, it’s a good idea to learn what palpitations caused by anxiety actually feel like. When you know what palpitations feel like, and when you know that they feel the same way for everyone with anxiety, it’s much easier to remain calm when you experience them.
So what do palpitations caused by anxiety feel like? Here’s a list of what you might experience:
your heart races for no apparent reason
your heart feels like it skips beats
your heart feels like it’s changing speeds
your heart feels like it’s beating too hard
you feel a fluttering sensation in your chest
you can hear your heartbeat in your ears
you can feel your pulse at points all around your body
you feel breathless
When you look at the way palpitations can make you can feel, it’s understandable why they can be so scary. These are strong physical changes in your body, and it’s sometimes hard to believe that the cause is nothing more than anxiety.
But palpitations really can be caused by nothing more than anxiety, and you should find reassurance in that.
How to Stop Heart Palpitations Caused by Anxiety
yoga relaxation image
If your palpitations are caused by excess adrenaline in your system, the way to stop your palpitations is to get rid of all that excess adrenaline.
The best way to do that is to use something I call anxiety timeouts.
An anxiety timeout is a period of a few minutes where you give yourself a break from anything that may be contributing to your anxiety.
People who don’t have problems with anxiety take anxiety timeouts all the time without thinking about it, so they never have issues with things like palpitations because their adrenaline levels are always normal.
But when you have anxiety, you never give yourself these breaks. You worry constantly, wherever you are, whatever you’re doing. This is why your adrenaline levels get so out of whack and why things like palpitations are a problem for you.
The good news is, anxiety timeouts can fix this problem.
Each time you give yourself an anxiety timeout you get a short break from your worries, and that allows your adrenaline levels to fall slightly. Enough of these anxiety timeouts throughout the day will get your adrenaline levels back to normal.
And that should fix your problems with palpitations.
If you make anxiety timeouts a habit that you stick to for the long-haul, they’ll also stop your adrenaline levels from ever climbing back up again, meaning your palpitations should stay away for good.
So anxiety timeouts are the key. But how do you actually take an anxiety timeout?
It’s easy, and there are many ways to do it. Anything that shuts your mind off to your worries for a few minutes is an anxiety timeout. Here are the things that work well for me as anxiety timeouts:
yoga
mindfulness meditation
singing along to gentle music
gentle walks with music via headphones
gentle exercise while watching TV
light reading
playing with a pet
lying down while listening to relaxation CDs
getting a massage from someone
playing with kids
You get the idea.
You want to find things that are relaxing and distracting and that require enough focus that it’s hard to think of anything negative at the same time. Anything that meets these guidelines will work great as an anxiety timeout.
At this point, you may be thinking that these anxiety timeouts sound like nothing new and that they could never help with a horrible problem like palpitations.
But trust me, these anxiety timeouts work.
Think about this for a moment: when you’re stressed, anxious, or worried, how often do you do something that could be considered an anxiety timeout?
Probably never.
If you’re anything like I was when my anxiety was at its worst, then during times of stress you probably do things like pace around, think horrible thoughts, eat, focus on the future and things you fear, perform physical compulsions.
All of those things feed your anxiety, raise your adrenaline levels, and make problems like palpitations even worse.
But when you’re highly anxious from this point on, do an anxiety timeout instead of turning to those other things you normally do that are so damaging.
When you first start to use anxiety timeouts during times of intense anxiety, it will feel unnatural to do things like meditate or read, and you’ll probably have to force yourself to do the anxiety timeout.
It will feel wrong and it will feel like it won’t help. But you need to do the anxiety timeouts anyway.
Just have faith.
Eventually, and usually quicker than you think, the anxiety timeouts will begin to work. During each of your timeouts, the break you give your body and mind will allow your adrenaline levels to fall, and at some point your palpitations will stop.
And when that happens, don’t stop using anxiety timeouts.
You need to make them a habit, a part of your day. Even when you’re not feeling anxious or worried, continue to use anxiety timeouts every time you get a chance.
By continuing to use anxiety timeouts, you’ll make sure that your adrenaline levels never creep back up, and that means your palpitations should never return to you.
The Takeaway
Palpitations are a horrible symptom of anxiety.
If the sensation of your heart pounding all around your body isn’t bad enough on its own, you’ve also got the worry that the palpitations are being caused by a problem with your heart.
You end up in one of the many vicious circles that anxiety can cause: your anxiety causes your palpitations, your palpitations make you more anxious, and you can’t break the cycle.
But now that you’ve read this post, I’m hoping that you can finally get some relief about your palpitations.
You understand now why your anxiety causes your palpitations, and that should give you some peace of mind that nothing terrible is physically wrong with you.
You also now have a plan to stop your palpitations.
You need to start using anxiety timeouts throughout your day, both at times when you’re feeling highly anxious, and at times when you feel fine. The breaks this gives your body and mind will allow your excess adrenaline levels to fall and your palpitations will eventually stop.
And if you keep up your anxiety timeouts and make them a part of your day-to-day life, your palpitations should stay away for good.
Khasiat Terung Pipit
Terung pipit atau nama saintifiknya Solanum torvum merupakan sejenis ulam yang banyak terdapat di hutan tropika.
Antara khasiat yang terdapat pada terung pipit adalah seperti air 89g, protein 2g, lemak 0.1g, karbohidrat 8g, serat 1.0g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08mg dan vitamin C 80mg.
Menurut kajian, buah terung pipit mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini mampu meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berlarutan. Akarnya pula dapat merawat retak kulit pada tumit kaki, caranya ambil akar dan ditumbuk lalu ditempelkan pada tumit kaki yang pecah.
Ramai yang tidak tahu, terung pipit sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang amat baik untuk kesihatan.
Antara kebaikan terung pipit adalah boleh meredahkan sakit kepala, mengubati sengal-sengal badan, merawat sakit cirit-birit dan jangkitan taun.
Terung pipit juga mampu mengurangkan demam panas, pitam dan sawan, caranya dengan merebus akarnya lalu airnya diminum.
Manfaat lain bagi terung pipit ialah mampu menurunkan tekanan darah tinggi, selain itu akarnya sangat baik untuk menghilangkan gatal akibat darah kotor (bukan darah haid).
Bagi pesakit kencing manis, akarnya dicuci bersih lalu dijemur. Selepas akarnya kering, rebus akarnya lebih kurang segengam dengan 5 gelas air dan biarkan mendidih sehingga airnya menjadi 2 gelas. Minum setiap malam sebelum tidur dan waktu pagi. Insyahallah berkesan dengan izin Allah.
Terung pipit juga di gunakan untuk merawat masalah batuk, kahak dan mukus. Selain itu amalan memakan terung pipit mampu menguatkan saraf mata serta rawatan ulser mulut dan perut.
Air rebusan terung pipit boleh di jadikan sebagai minuman untuk mencuci darah kotor dan meredahkan sakit perut akibat salah makan atau cirit-birit.
Tahukah anda, rajin makan ulam, badan akan menjadi sihat dan sentiasa kelihatan awet muda
Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog PSP. Jangan lupa please share dan tinggalkan komen anda dibawah. Sekian terima kasih.
Cara Hilangkan Gastrik
Penyakit Gastrik disebabkan ketidakseimbangan pepsin dan asid pada usus kita. Biasanya pesakit akan merasa lemah dan sakit yang amat sangat jika mengalami penyakit ini.
Ada banyak jenis ubat yang dijual di farmasi untuk merawat gastrik seperti Antasid, Antagonis H2, perencat Pam Proton (PPI) dan sebagainya.
Namun sekiranya tiada ubat-ubatan ini ditangan anda ketika sakit gastrik, jangan risau, anda cuba amalkan cara tradisional seperti memakan pisang, minum susu sejuk atau mengunyah bunga cengkih.
Bunga cengkih dipercayai mampu membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Caranya ialah dengan menggigit sebiji bunga cengkih, dan biarkan beberapa minit dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi kelegaan.
Selamat mencuba!
Wednesday, July 10, 2019
Petua Mujarab Orang Kampung Hilangkan Kayap
Kayap (shingle) atau lebih dikenali dalam istilah perubatan sebagai herpes zoster adalah sejenis jangkitan viral pada kulit.
Ia menyebabkan radang dengan tompok-tompok merah atau gelembung air pada permukaan kulit yang kadangkala amat menyakitkan.
Jangkitan kayap pada kulit berupaya membuatkan orang yang mengalaminya berasa sangat tidak selesa, terasa kulit seperti terbakar, panas, pedih, gatal-gatal dan berbisa.
Secara umumnya, tiada ubat atau penawar khas untuk penyakit kayap. Doktor mungkin akan memberi preskripsi ubat antiviral yang boleh memendekkan tempoh jangkitan dan mengawal atau mengurangkan simptom kayap.
Bergantung kepada individu dan jenis-jenis kayap yang dialami, tempoh penyembuhan mungkin mengambil masa beberapa minggu atau lebih.
Namun begitu, kaedah mengurangkan komplikasi simptom kayap tidak terhad hanya melalui kaedah perubatan sahaja.
Mungkin beberapa kaedah rawatan semulajadi berikut juga sesuai dan boleh diamalkan untuk mengatasi simptom kayap pada kulit.
Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:-
Petua 1 (Daun Cili Dan Kapur Makan)
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
Petua 2 (Daun Pokok Duit-Duit)
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.
Petua 3 (Ubat Makan, Sapu / Cucuk)
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
Petua 4 (Untuk kayap setompok) (Daun Delima + Bedak Sejuk)
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.
Petua 5 (Pucuk Daun Bunga Melur, Delima, Setawar & Mambu)
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.
Petua 6 (Ubi Bemban)
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.
Petua 7 (Akar Rumput Kerbau)
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
Petua 8 (Garam Bukit)
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
Petua ke 9 (Keladi Candik)
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik .
Sumber: Petua Ibu
Kayap - Baagaimana Mencegah dan Mengubatinya
t kayap
Kebanyakan kaum ibu di Malaysia sudah fasih tanda-tanda dan petua merawat anak yang diserang penyakit HFMD dan cacar air.
Tapi apabila bercakap tentang penyakit kayap, tidak ramai yang benar-benar tahu mengenai jangkitan ini.
10 hari lalu suami saya diserang penyakit kayap. Pada mulanya, kami tidak tahu apa yang menyebabkan dia rasa sakit berdenyut-denyut di belakang kepala dan lehernya.
Selepas lawatan ke klinik, doktor telah memberi ubat tahan sakit dan ubat sakit otot kerana ingatkan sakit otot biasa.
Sehari selepas itu, ruam berbentuk lepuh berisi cecair mula merebak dari bibirnya.
Khuatir suami saya terkena HFMD, saya terus minta dia tunjukkan tapak tangan dan kakinya: tiada ruam pun! Kerana kurang pasti penyakit apa yang menyebabkan ruam lepuh itu, saya dan dua anak perempuan saya telah menjauhkan diri.
“Ini Ruam Penyakit Kayap”
kayap, penyakit kayap
Hari – 5
Kayap, dikenali sebagai zoster atau herpes zoster, adalah ruam kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus saraf Virus Varicella Zoster (VZV).
Ada yang mengenalinya sebagai cacar ular kerana ia biasanya muncul ruam lepuh yang menjalar sepanjang saraf.
Kayap biasa melibatkan satu bahagian badan sahaja: bahagian dada atau muka.
kayap, penyakit kayap
Penyakit ini jarang menjangkiti kanak-kanak dan remaja dengan sistem imun yang sihat. Kalau anak terjangkit pun ruam lebuh kulit yang ringan sahaja.
Kes ruam lebuh yang teruk yang menyakitkan biasanya berlaku pada orang tua atau orang yang mempunyai imuniti yang sangat lemah.
Penghuni virus yang tidak aktif
Sesiapa yang pernah menghidap penyakit cacar air adalah penghuni kepada Virus Varicella Zoster (VZV).
Selepas sembuh dari cacar air, virus ini akan berkumpul di pusat saraf dalam keadaan tidak aktif. Untuk kebanyakan orang, virus ini jarang kembali.
Tetapi apabila sistem imun menjadi lemah, barulah virus ini akan menjadi aktif semula dan mula menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf.
Adakah penyakit kayap berjangkit?
Ya dan tidak.
Ya, kerana virus itu merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair daripada lepuh ruam. Jadi fasa lepuh adalah masa yang paling mudah berjangkit.
Kayap tidak mudah berjangkit sebelum lepuh muncul dan selepas ruam telah kering.
kayap, penyakit kayap
kredit : m.patient.media/ Ruam yang sudah kering
Tidak kerana anda tidak boleh dijangkit penyakit kayap. Sebaliknya, anda boleh dijangkiti penyakit cacar air, jika belum kena cacar air sebelum ini.
Kedua-dua anak-anak perempuan saya belum menghidap penyakit cacar air lagi. Hanya anak sulung saya telah diberi vaksin untuk cacar air jadi saya benar-benar bimbang untuk yang bongsu tu.
Tiada ubat penawar untuk penyakit kayap
Doktor akan memberi ubat anti-virus, ubat meningkatkan imuniti, ubat tahan sakit, krim topikal, dan krim mulut. Sementara menunggu fasa lepuh kering:
Saya telah asingkan anak dan meminta mereka untuk elak berdekatan dengan bapa mereka
Beri suami vitamin C sebanyak 8000 cc sehari
Pastikan anak memakan vitamin juga
Suami pula telah membaca mengenai petua menggunakan ubat gigi untuk mempercepatkan pengeringan ruam lebuhnya
Saya juga telah mengambil langkah-langkah tambahan untuk mempertingkatkan kebersihan di rumah – contohnya peralatan makan, pinggang mangkuk dan mencuci pakaian dengan berasingan
Kuarantin di rumah
Terus menyusukan anak bongsu dengan susu badan dengan harapan untuk meningkatkan imunitinya
kayap, penyakit kayap
Hari – 9
Hari ini hari kesebelas dan saya bersyukur kerana kedua-dua anak saya bebas cacar.
Penyakit kayap tidak mengancam nyawa
Anda tidak akan mati disebabkan penyakit kayap, tapi terdapat banyak komplikasi penyakit saraf yang boleh berlaku.
Ia boleh memberi kesan kepada sistem saraf anda dan kesakitan yang dialami semasa menghidap penyakit kayap, boleh kekal untuk jangka masa yang berpanjangan walaupun lepuh sudah lama sembuh.
Kira-kira 15 daripada setiap 100 orang yang menghidap penyakit kayap mempunyai lepuh yang berada di sekitar mata.
Virus yang menyerang saraf penglihatan mungkin boleh menyebabkan penglihatan berkurangan dan dalam kes teruk, orang itu mungkin akan buta.
Semua ini boleh dielakkan dengan mengambil vaksin Kayap yang disyorkan untuk mereka yang berumur 50 ke atas.
Ini kerana pada usia sebegini, ketahanan sistem imun semakin berkurangan untuk melawan penyakit Kayap. Wanita yang hamil TIDAK boleh mengambil vaksin ini.
Jika anda mengesyaki anda mempunyai Kayap, dapatkan rawatan awal, kerana ia boleh membantu mengurangkan keradangan saraf dan risiko komplikasi.
Kredit: The Malaysian Times, Kids Health Org, Children’s Hospital of Philadelphia.
KAYAP – PENYAKIT YANG TIDAK PERLU DIGERUNI
Kayap (‘shingles’) merupakan suatu penyakit yang ditakuti oleh masyarakat Melayu kerana wujudnya kepercayaan yang menyatakan kayap boleh menyebabkan kematian apabila ruam kayap meliliti sekeliling tubuh atau bertemu di tengah bahagian badan. Kayap juga sering dikaitkan dengan kepercayaan mistik dan pesakit sering keliru dengan rawatan yang mereka perlukan. Bagaimana kayap ini boleh berlaku? Sebenarnya, kayap ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh pengaktifan semula virus yang telah lama bersembunyi di dalam saraf. Virus ini mula bersarang di dalam saraf selepas seseorang itu mengalami penyakit ‘chickenpox’. Virus penyebab kayap dinamakan virus varicella zoster ; dan virus ini juga penyebab penyakit ‘chickenpox’. Oleh itu, sesiapa yang pernah mengalami penyakit ‘chickenpox’ mempunyai risiko untuk mendapat penyakit kayap terutamanya ketika daya tahan imun badan menurun. Contohnya, kayap boleh timbul ketika seseorang sedang mengalami stress yang teruk (stres dari segi fizikal mahupun psikologi) , ibu- ibu mengandung, orang tua dan kanak-kanak, pesakit buah pinggang dan sebagainya. Lebih rendah tahap imun seseorang pesakit, lebih teruk/serius penyakit kayap yang ia alami . Penyakit kayap melibatkan dua organ berbeza iaitu kulit dan saraf. Kenapa kayap sering berlaku pada sebelah bahagian badan sahaja?Ruam kayap akan timbul di permukaan kulit yang disaluri oleh saraf yang dijangkiti oleh virus tersebut sahaja. Saraf di kulit berasal dari saraf tunjang (‘spinal cord’) yang bertempat di tulang belakang manusia. Di antara setiap tulang belakang, saraf tunjang mengeluarkan cabang-cabang saraf di sebelah kanan dan kiri badan yang seterusnya akan meliliti di sekeliling tubuh sehingga ke bahagian tengah hadapan permukaan badan. Permukaan kulit yang dilalui dan dibekalkan deria sentuhan/sakit/ oleh setiap saraf ini diberi nama ‘dermatome’ dan apabila virus varicella zoster menjadi aktif semula di sesuatu saraf tersebut, rasa sakit, kemerahan dan ruam kayap akan timbul di kawasan dermatome yang terlibat .
Gambarajah menunjukkan kawasan di permukaan kulit (dermatome) yang disaluri oleh saraf-saraf yang berasal dari saraf tunjang. Setiap kawasan diberi nama berdasarkan tempat asal saraf tersebut; contoh T10 (thoracic 10) menunjukkan kawasan terlibat ialah di bahagian pusat. Kayap boleh timbul di mana-mana sahaja di permukaan kulit. Sekiranya lebih dari satu saraf yang dijangkiti, ruam kayap akan melibatkan kawasan yang lebih luas dan mungkin juga kedua-dua belah kanan dan kiri badan. Biasanya kayap akan melibatkan kawasan permukaan kulit yang luas pada pesakit yang mempunyai daya tahan (‘immune’) yang sangat rendah seperti pesakit kencing manis yang tidak terkawal, pesakit HIV/AIDS, penghidap barah, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi dan sebagainya. Pada zaman dahulu, apabila seseorang itu meninggal dunia dan dilihat kulitnya mempunyai ruam kayap, kayap telah dipersalahkan sebagai penyebab kematian. Kita tahu sekarang bahawa hanya mereka yang menderita penyakit serius seperti barah , misalnya, akan mendapat kayap yang teruk dari biasa. Oleh kerana penyakit barah tidak disedari/dikesan sebagai penyebab kematian pada zaman dahulu, mungkin inilah yang menyebabkan timbulnya kepercayaan bahawa apabila kayap meliliti tubuh ia boleh menyebabkan maut.
Bagaimana saya tahu sama ada saya terkena kayap? Pesakit akan merasa sakit pada kawasan saraf yang terlibat selama 2-3 hari sebelum munculnya sebarang ruam di kawasan tersebut. Sesetengah pesakit merasa kesakitan yang amat sangat sehinggakan mereka perlu mendapatkan rawatan doktor. Ruam kayap bermula dengan bintik merah yang akan berubah menjadi gelembung –gelembung kecil berisi cecair di atas permukaan kulit yang kemerahan. Beberapa hari kemudian, gelembung-gelembung ini akan menjadi kering dan ditutupi selaput kering berwarna hitam (lihat gambar). Selaput kering ini akan tanggal dalam masa 1 minggu dan jika gelembung itu kecil, kebiasaannya ia tidak akan meninggalkan sebarang parut. Diperingkat awal, ruam berbentuk gelembung-gelembung kecil berisi cecair di atas permukaan kulit yang kemerahan Foto ihsan dari https://illnessee.com/shingles-pictures/Selepas beberapa hari, gelembung-gelembung kecil mula mengering dan ditutupi selaput kehitamanFoto ihsan dari http://www.24seconds.org/shingles-rash-pictures/ Jika seseorang pesakit tampil ke hospital dengan rasa sakit tanpa ruam, diagnosa kayap mungkin tidak dapat dibuat pada waktu tersebut . Sekiranya kesakitan dirasai di dada sebelah kiri, pesakit mungkin perlu menjalani ujian untuk mempastikan pesakit tidak mengalami serangan jantung sebelum diagnosa kayap boleh diputuskan.
Apakah beza kayap ular , kayap bunga dan sebagainya? Di dalam bidang dermatologi, kayap tidak dibezakan berdasarkan rupa bentuk ruam tersebut. Kayap ular hanya lah nama yang digunakan untuk menggambarkan ruam yang timbul di sepanjang permukaan kulit yang di saluri saraf tersebut dan kayap bunga apabila ruam itu timbul dalam bentuk gugusan seperti anggur. Memberi nama berbeza berdasarkan rupa bentuk atau taburan ruam di kulit pesakit tidak mempunyai sebarang ‘ significance’ – rawatannya tetap sama. Bolehkah kayap ini sembuh?Ya penyakit kayap boleh sembuh sepenuhnya dan proses penyembuhan lebih cepat jika mendapat rawatan yang betul. Rawatan biasanya merangkumi ubat untuk mengawal rasa sakit, ubat anti virus dan jika perlu, antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan bakteria yang boleh hinggap di atas luka di kawasan kayap tersebut. Sesetengah pesakit mendapat penyakit kayap yang sangat ringan – tiada sakit, hanya sedikit kemerahan , dan mereka boleh sembuh tanpa memerlukan rawatan. Rasa sakit di kawasan yang terlibat boleh berterusan selama 1-2 minggu ataupun selama beberapa bulan, dan perbezaan ini bergantung kepada umur pesakit. Sesetengah kanak-kanak tidak mengalami rasa sakit walaupun menghidap kayap. Pesakit yang masih muda biasanya hanya merasa sakit selama beberapa minggu (biasanya < 1 bulan) manakala pesakit yang berumur akan mengalami rasa sakit selama beberapa bulan atau lebih. Apakah komplikasi yang boleh timbul apa bila seseorang mendapat penyakit kayap?
1200
https://cdn2.iconfinder.com/data/icons/medical-specialties-2/256/Dermatology-512.pnghttps://image.freepik.com/free-icon/opened-door-aperture_318-75557.pnghttp://simpleicon.com/wp-content/uploads/phone-symbol-2.pngKomplikasi yang tidak serius termasuklah parut di kawasan ruam dan jangkitan kuman – namun ia boleh ditangani dengan mudah. Komplikasi yang dianggap serius dinamakan ‘post herpetic neuralgia’ – ia berlaku pada pesakit yang sudah berumur. Saraf yang terlibat mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh sepenuhnya dan pesakit akan masih mengalami rasa sakit/ kebas / gatal /kelumpuhan di kawasan yang terlibat walaupun ruam asal sudah sembuh. Rawatan komplikasi ini melibatkan ubat-ubat saraf di bawah jagaan pakar saraf/neurologi.
Artikel ditulis oleh:
Dr Mazlin Mohd Baseri,
Pakar Dermatologi KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
Subscribe to:
Posts (Atom)