Monday, December 28, 2020

Baiknya Buah Pisang

 *KENAPA PISANG DISEBUT DALAM AL-QURAN DAN KENAPA DI RUMAH PERLU ADA BUAH PISANG???* 

Baca dalam Surah Al Waqi'ah di tengah ayat yg ke 29 .Ertinya luar biasa... 


قال الله تعالى : وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ

 ( سورة الواقعة - 29 )

Hari Kiamat (Al-Wāqi`ah):29 - dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),


Ternyata pisang itu buah syurga..... 

Saya hairan knp Allah menyatakan Pohon Pisang ... lalu saya cari Web, kenapa pohon pisang....kan biasanya Kurma.


Ternyata MASYAA ALLAH manfaat buah pisang, menjadi ubat untuk berbagai penyakit. Dan ini telah ada yang meneliti :


*_INFO SIHAT_*


*"MANFAAT BUAH PISANG"*🍌🍌🍌


_Ini Menarik._ 

Setelah membaca ini, Anda tidak akan pernah melihat *Pisang* dengan cara yang sama lagi. *Pisang* mengandung tiga jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Sebiji *Pisang* memberikan dorongan instan pada pecernaan secara berkelanjutan dan energi substansial. Penelitian telah membuktikan bahawa dengan hanya dua biji Pisang* akan memberikan energi yang cukup untuk sebuah latihan berat selama *90* minit. 


Tidak hairan mengapa *Pisang* adalah buah bagi kebanyakan atlet terkemuka di dunia. Supply energi bukan satu-satunya yang didapati dari *Pisang* tetapi *Pisang* dapat membantu kita agar tetap fit. 


Hal ini juga dapat membantu mengatasi atau mencegah dan mengatasi sejumlah besar penyakit dan kondisi badan yang kurang fit, sehingga *Pisang* merupakan suatu keharusan untuk melengkapi diet harian. 


🍌. *Depresi :*

Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit penderita Depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan *Pisang.* Hal ini terjadi kerana *Pisang* mengandung tryptophan, sejenis protein yang akan diubah oleh tubuh menjadi serotonin, yang akan membuat anda menjadi relax, memperbaiki suasana hati (mood) dan secara umum akan membuat seseorang merasa lebih nyaman.


🍌. *Bagi Penderita Diabetes :* Makanlah *Pisang* setiap hari. Karena *Vitamin B6* terkandung dalam *Pisang* akan mengawal tingkat glukosa darah anda dan akan mempengaruhi suasana hati Anda. 


🍌. *Bagi Penderita Anemia : Pisang* mengandung Zat Besi Tinggi, *Pisang* juga dapat merangsang produksi hemoglobin dalam darah dan membantu dalam berbagai kes anemia (kurang darah). 


🍌. *Bagi Penderita Tekanan Darah Tinggi :*

Buah tropika yang unik ini sangat tinggi kalium namun rendah garam, sehingga sempurna untuk mengalahkan tekanan darah. Begitu banyak gunanya sehingga _US Food and Drug Administration (Departmen ) baru saja mengizinkan perkebunan *Pisang* untuk melakukan ujian rasmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan stroke. 


🍌. *Menambah Kemampuan Otak :*

*200* siswa di sekolah Twickenham (Middlesex) sangat terbantu dalam ujian mereka tahun ini kerana memakan *Pisang* pada saat sarapan, saat istirehat dan saat makan tgahari dalam upaya untuk meningkatkan kekuatan otak mereka. 

Penelitian telah membuktikan bahawa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu siswa dalam belajar dan juga membantu siswa menjadi semakin peka utk berfikir. 


🍌. *Sembelit :*

*Pisang* mengandung Zat Fiber dalam kadar yang tinggi, *Pisang* dapat juga membantu menormalkan kembali kerja pencernaan anda, *Pisang* akan membantu mengatasi permasalahan pencernaan ini tanpa anda harus kembali ke ubat yang jelas *BAB* anda akan jadi semakin lancar . 


🍌. *Ubat Mabuk :*

Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan mabuk _(Darat , Laut dan Udara)_ adalah dengan meminum milkshake *Pisang* ditambah dengan madu sebagai pemanis . Milkshake *Pisang* akan berkesan menenangkan perut anda dan dengan bantuan madu akan mengontrol kadar gula darah anda untuk menjadi normal kembali, sementara susu akan menenangkan perut  dan sistem pencernaan anda. 


🍌. *Mulas Dan Sakit Perut :*

*Pisang* memiliki efek antasid pada tubuh, jadi jika Anda menderita mulas dan perut terasa senak maka cubalah makan *Pisang* untuk mengurangi sakitnya. 


🍌. *Mual di Pagi Hari (Morning Sickness) :*

Ambil *Pisang* antara waktu makan membantu menjaga kadar gula darah dan menghindari mual dipagi hari. 


🍌. *Gigitan Nyamuk :*

Sebelum anda meraih krim atau cairan anti gigitan nyamuk, cubalah dulu menggosok daerah yang terkena gigitan nyamuk dengan bagian dalam kulit *Pisang.* Banyak orang yang sudah merasakan hebatnya Kulit *Pisang* krn akan mengurangi pembengkakan dan gatal pada kulit . 


🍌. *Saraf :*

 *Pisang* mengandung *Vitamin B* dalam kadar tinggi yang sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf. 

  

🍌. *Bagi Penderita Obesitas Yang Bekerja ?:* 

Kajian  Institut Psikologi di *Austria* menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering meraih makanan  seperti, snack, coklat dan kerepek. Setelah meneliti *5.000* pesakit di rumah sakit, para peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang yg menderita kegemukan lebih sering berada  dalam tekanan kerja yang tinggi.

Banyak Laporan yang menyimpulkan bahwa untuk menghindari panik akibat tekanan kerja yang berlebihan dan nafsu yang tinggi untuk memakan makanan apapun, kita perlu mengendalikan kadar gula darah kita dengan ambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk menjaga agar kadar gula darah menjadi stabil.


🍌. *Usus :*

*Pisang* bisa digunakan sebagai bahan makanan utama untuk diet bagi penderita luka usus, *Pisang* akan mencegah gangguan pencernaan hal ini disebabkan texturnya yang sangat lembut dan halus. *Pisang* adalah adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kes penyakit yang parah. Dan *Pisang* juga akan meneutralkan kelebihan zat asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam usus

  

🍌. *Kontrol Suhu :*

 Banyak budaya lain melihat *Pisang* sebagai buah *"Pendingin"* yang dapat menurunkan suhu baik fisik dan emosional, para ibu hamil Di *Thailand* misalnya, mereka akan makan *Pisang* sebelum melahirkan dengan keyakinan bahwa si bayi akan lahir dengan suhu dingin. 


🍌. *Bagi Para Perokok :* 

Buah *Pisang* dapat membantu orang yang mencuba untuk berhenti merokok. *Vitamin B 6, B 12* yang dikandungnya, serta kalium dan magnesium akan sangat membantu tubuh anda untuk cepat sembuh dari efek penghentian nikotin. 


🍌. *Stress :*

Kandungan Kalium dalam *Pisang* adalah mineral yang penting, yang akan membantu menormalkan detak jantung, mengirim lebih banyak oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga mengurangi kadar Kalium. Ini dapat dineutralkan (rebalanced) dengan bantuan snack *Pisang* yang tinggi Kalium. 


🍌. *Stroke :*

Menurut penelitian di _*The New England Journal of Medicine,*_ makan *Pisang* sebagai bagian dari diet teratur dapat menurunkan risiko kematian kerana stroke sebanyak *40%* ! 


🍌. *Kutil :*

Mereka yang suka pada pengubatan tradisional sudah banyak yang tahu bahawa *Pisang* bisa Menghilangkan atau Mengecilkan Kutil, jika anda ingin menghilangkan kutil, maka ambillah sepotong *Pisang* dan letakkan di kutil anda, dengan bahagian kuning atau kulit ada diluar , tampal  itu dengan plaster sampai beberapa waktu, gantilah setiap pagi dan tghari, setelah beberapa hari lalu lihatlah !!! 


Jadi ingatlah, *Pisang*  adalah ubat alami untuk berbagai penyakit. Jika anda membandingkannya dengan epal misalnya, maka *Pisang* mengandung ; *Protein* empat kali ganda *Karbohidrat* dua kali , Zat *Fosfor* tiga kali *Vitamin A* dan zat besi lima kali dan ada pula dua kali ganda kandungan vitamin dan mineral lainnya. *Pisang* juga kaya kalium dan merupakan salah satu makanan dengan nilai terbaik, Jadi mungkin sekaranglah saatnya untuk mengubah pandangan kita terhadap *Pisang* dan makanlah *Pisang* setiap hari. 


🍌. *NB: Pisang* jugalah yang menjadi alasan monyet untuk begitu berbahagia setiap saat dan selalu sihat² saja dalam jangka panjang !Saya akan menambahkan satu manfaat lagi disini; Apakah anda ingin sepatu anda bersinar dan  berkilat dalam waktu singkat ? Ambil Dalam kulit *Pisang,* lalu gosok langsung pada kulit sepatu ... lalu lap lah dengan kain kering seperti orang mengilap sepatu ... lihatlah hasilnya ... !!!


Sungguh² Buah yang Menakjubkan !


🍌. *Warning :* 

_Jangan simpan *Pisang* anda di fridge kerana struktur buah Pisang akan berubah bila sudah dibekukan dan itu akan menghilangkan banyak sekali manfaat buah *Pisang !!!*_


Sampaikan pesan ini kepada semua rakan² atau kerabat anda agar mereka juga bisa merasakan hebatnya Buah *Pisang* ini !!!.

Thursday, November 5, 2020

Punca Badan Sering Letih Dan Lesu

SIBUK dengan tugasan harian sebagai pendidik di sekolah mahupun di rumah, adakalanya boleh menyebabkan kita keletihan. Namun, jika anda sering berasa lesu dan keletihan, walaupun pada hari yang anda tidak sibuk, atau sedang bercuti, ia adalah sesuatu yang pelik.

Untuk memahami apakah yang menyebabkan anda cepat rasa keletihan, tip di bawah ada butirannya.


Punca kerap keletihan

1) Tidur
Menurut American Academy of Sleep Medicine and Sleep Research Society, apabila mendapat tidur yang berkualiti, anda biasanya akan bangun dalam keadaan yang segar, bertenaga dan lebih fokus. Apa yang penting, tidur itu haruslah tidak diganggu untuk membenarkan minda melalui lima peringkat kitaran proses tidur. Malah, untuk mendapat tidur yang mencukupi, anda harus mengekalkan rutin tidur untuk membantu mencegah keletihan.

Anda mungkin mendapat tidur 7-8 jam sehari, tetapi adakah tidur itu tidur yang berkualiti? Tidak mendapat tidur yang berkualiti adalah salah satu punca yang jelas menyebabkan kelesuan. Badan anda melakukan pelbagai perkara ketika anda tidur termasuk menyimpan memori, melepaskan hormon yang mengatur tahap metabolisme dan tenaga anda.

Untuk memperbaiki waktu dan kualiti tidur, sebaiknya anda tidur dalam tempoh yang sama setiap malam, bertenang sebelum tidur dan melakukan pelbagai aktiviti pada siang harinya. Namun, seandainya, anda berasa sukar untuk tidur dan mengesyaki berkemungkinan anda mengalami gangguan tidur, berbincang dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan daripada pakar.

2) Kemurungan
Tidak semua individu yang mengalami kemurungan akan melalui simptom yang sama, tetapi secara umumnya, kemurungan boleh mengurangkan tenaga, mengubah corak tidur dan pemakanan, menganggu ingatan dan fokus serta membuatkan anda berasa putus harapan, tidak bernilai dan sentiasa berfikiran negatif.

Kemurungan bukan sahaja masalah yang boleh mendatangkan gangguan kepada kehidupan seharian anda seperti untuk melakukan tugasan kerja atau rumah, tetapi masalah kesihatan ini turut akan menjejaskan cara anda makan, tidur serta apa yang anda rasakan tentang diri anda. 

Tanpa mendapatkan rawatan, simptom berkaitan kemurungan ini mungkin akan berlanjutan sehingga berminggu, berbulan, bahkan mungkin bertahun.

Cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan berjumpa dengan pakar terapi dan perubatan yang bertauliah. Anda tidak seharusnya membiarkan diri anda terus dilanda kemurungan kerana ia sememangnya akan menjejaskan kehidupan seharian dan perhubungan anda bersama individu di sekeliling anda.

3) Makanan
Jika anda mempunyai alahan, menurut kajian yang diterbitkan dalam Archives of Internal Medicine, semakin teruk alahan yang anda hadapi, semakin ia akan menjejaskan tidur anda. Alahan menyebabkan sistem imun anda untuk ‘bekerja’ secara berlebihan yang akan menyebabkan keradangan kronik dan keletihan dan mungkin mengganggu pernafasan yang membuatkan anda berdengkur – menjadikan anda kerap terjaga pada waktu malam. Malahan, pengambilan ubatan untuk merawat alahan seperti antihistamin juga mungkin boleh mengganggu corak tidur anda.

Alahan terhadap makanan atau mengalami tindak balas sensitif terhadap sesuatu makanan, boleh menjadi punca kepada masalah kerap keletihan yang anda hadapi. Reaksi sensitif atau rintangan terhadap sesuatu makanan mungkin menyebabkan masalah seperti ruam gatal, masalah sembelit, hidung berair atau sakit kepala. Tetapi,ia turut boleh menyebabkan keletihan.

Jika sesetengah makanan mungkin membuatkan anda letih, cuba untuk berbincang dengan pakar pemakanan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut untuk menguji sama ada anda mungkin ada alahan terhadap sesuatu makanan atau tidak.

4) Tekanan
Tetapi tekanan yang berlebihan atau kronik boleh menjejaskan tahap tenaga dan kualiti hidup anda – turut berhubung kait dengan keletihan. Tekanan yang kronik boleh mendatangkan keletihan secara fizikal dan mental yang cenderung menyebabkan wujudnya masalah kesihatan lain.

Adalah sesuatu yang normal untuk mempunyai tekanan dalam hidup. Dan, sebenarnya tekanan ini membuatkan anda lebih berjaga dan dapat membantu untuk memberikan yang lebih baik dalam hidup anda seperti dalam tugasan kerja, temuduga – ianya memberikan sesuatu yang positif jika bersifat sementara.

Pelbagai situasi boleh menyebabkan tekanan – kerja, kewangan, perhubungan, kehidupan – ia takkan pernah berakhir. Bagaimana anda menghadapi tekanan boleh mempengaruhi tahap keletihan yang anda rasai. Jika anda merasa tertekan, anda boleh mencuba beberapa tip untuk menangani tekanan.

5) Kesihatan
Antara beberapa keadaan kesihatan yang menunjukkan keletihan sebagai salah satu simptomnya adalah seperti: anemia, tiroid yang tidak aktif, diabetes, kegelisahan, penyakit jantung, demam kelenjar, kehamilan serta kekurangan vitamin dan mineral.

Masalah kesihatan dan perubatan, merupakan antara salah satu faktor yang boleh mengakibatkan anda kerap keletihan walaupun anda melakukan perubahan pada gaya hidup, bersenam, memperbaiki tahap tekanan dan mendapatkan tidur yang mencukupi.

Kredit: hellodoktor.com





Sunday, September 20, 2020

Stroke di Kamar Mandi

 Kenapa banyak orang jatuh dan kena stroke dalam kamar mandi??

kenapa tidak di tempat lain??


Untuk renungan.....kita selalu dengar orang jatuh di kamar mandi dan kena stroke dan sebagainya.

Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain?

Seorang professor di universitas di malaysia, UITM yang juga terlibat dengan kegiatan olah raga negara menasihatkan supaya pada waktu mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan.

Ini karena apabila kepala basah dan dingin, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala, logika 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, maka dapat terjadi kondisi saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di kamar mandi.


Berikut cara mandi yang benar :

1. Pertama siramkan air di telapak kaki.

2. Kemudian dilanjutkan dengan segayung di betis.

3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 detik


Kita akan merasakan seperti uap/ angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.

✅Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air dingin. Apa yang terjadi?

Gelas akan retak !!!


🚿 Jika tubuh kita .... apa yang retak?

Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu dingin, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap dan dapat membawa maut karena pecahnya pembuluh darah.

🚿 Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di kamar mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.

🚿 Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang memunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/ sakit kepala sebelah.


Salam berbagi


Semoga Bermanfaat 😊

Wednesday, July 15, 2020

Turunkan Bacaan kencing Manis Dan Darah Tinggi.

Bila kali terakhir anda minum air kelapa dengan limau nipis? kalau nak fikirkan, entah apa rasanya bila air kelapa di campurkan dengan perahan limau nipis. Ini pasti akan berubah apabila anda habis membaca aritkel ini.
Petua ini hasil perkongsian dari Dayyan Haadiyyan. Menurut perkongsian beliau, Amalan meminum air kelapa dengan limau nipis baik untuk penghidap kencing manis dan dar-ah tinggi.
Ini Cara penyediaannya :
  • Campurkan sebiji air kelapa muda dengan setengah biji limau niis lagi masam lagi bagus. Tetapi PERINGATAN orang yang ada gastrik tak boleh minum masam sangat..
  • Minum sehari satu dan dua kali sahaja, insyallah bacaan gula kencing manis dan sarah tinggi akan turun dan normal kembali.
  • Sebelum minum doa dulu, semoga dengan izin Allah air kelapa muda dengan limau nipis ini membantu di dalam masalah kesihatan kita.
  • Hanya Allah SWT sahaja yang bisa menyembuhkan segala penyakit tersebut.
sebab kenapa anda perlu minum air kelapa:
1. Membantu Penghadaman
Jika anda selalu rasa kembung dan susah untuk menghadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman anda.
Ini kerana air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masaalah pencernaan . Tambahan pula, air kelapa dapat mengurangkan berlakunya refulks asid dalam perut anda.
2. Mengurangkan Berat Badan
Kalau di banding dengan minuman yang lain, kandungan lemak Air Kelapa sungguh rendah membuat anda tidak perlu takut berat badan anda naik kalau anda minum banyak skali pun. Kalau anda hendak minum sesuatu selain dari air kosong sambil mengekalkan berat badan anda air kelapa sesuai sebagai pilihan.
3. Menggalakkan Penghidratan
Apabila anda berseman ataupun menjalankan aktiviti fizikal, badan anda akan kehilangan mineral penting yang membuat anda rasa letih.
Daripada anda minum Air Isotonik yang penuh dengan gula, anda boleh menggantikan mineral yang hilang dengan cara yang lebih sihat. Air Kelapa membawa kesan yang sama seperti minuman Isotonik dalam menggantikan elektrolit yang hilang ketika bersenam.
Satu cawan Air Kelapa mengandungi 294 mg Kalium dan 5 mg Gula semulajadi. Kandungan gula yang rendah dibandingkan dengan minuman Isotonik menjadikan ia alternatif yang sihat.
4. Penjagaan Kulit
Kepada yang hendak memiliki kulit yang sempurna, air kelapa boleh memastikan kulit anda licin berseri. Apabila anda minum air kelapa ia membantu memulihkan kelembapan semulajadi kulit anda.
Kulit yang kering selalunya bererti kulit yang rosak. Kulit bergantung kepada lapisan Lipid untuk melawan iritasi kulit yang disebabkan oleh bakteria, virus dan kulat.
Apabila kulit anda menjadi kering, ia hilang keupayaan semulajadi untuk melawan bakteria meningkatkan potensi tumbuhnya jerawat.
Kalau anda sedar, banyak produk kecantikan yang popular di pasaran mengandungi ekstrak buah kelapa kerana kebaikanya dalam penjagaan kulit telah lama terbukti.
5. Kaya Dengan Nutrien & Vitamin
Berbeza dengan jus lain yang ada di pasaran, air kelapa mengandungi dos Vitamin dan Nutrien yang penting untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.
6. Menurunkan Tekanan Darah
Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah yang tinggi.
Kerana Air kelapa ini mempunyai kandugan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbang semula kandungan elektrolit dalam badan.
Kajian yang boleh dijumpai di dalam West Indian Medical Journal 2005, menunjukan air kelapa dapat mengurangkan kadar tekanan darah 71% dari perserta kajian tersebut.
Semoga petua ini bermanafaat buat kita semua, insyallah.
Sumber : Dayyan HaadiDayyan

11 cara mengatasi tekanan darah tinggi secara semula jadi

Tekanan darah tinggi merupakan “pembunuh senyap”.
Kira-kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi. Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen ke semua sel dan organ dalam badan kita. Ia juga penting untuk menyingkirkan bahan buangan dan karbon dioksida. Degupan jantung mewujudkan tekanan yang menolak darah melalui arteri dan vena anda. Apabila tekanan darah anda meningkat, kerosakan yang berlaku akan mengganggu sistem ini.Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, seterusnya menyebabkan regangan pada dinding arteri yang diperbuat daripada otot separa fleksibel.Sebelum membuat keputusan untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi dadah di dalamnya bagi merawat tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang tidak diingini, cuba ubah gaya hidup anda dari segi pemakanan dan senaman selain daripada mencuba penawar semula jadi untuk tekanan darah tinggi di rumah.Jadi sesiapa yang ada masalah ni, apa kata anda ikut 11 petua ni untuk mengatasi tekanan darah tinggi anda itu.
1. Kurangkan pengambilan garam
Garam bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Untuk “mengepam” garam yang berlebihan dari sistem tubuh badan anda, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan. Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi.
Makanan yang dilabel rendah lemak atau rendah gula juga boleh mengandungi jumlah garam yang tinggi. Ia hanyalah salah sebuah taktik syarikat makanan untuk meningkatkan nilai produk mereka.
Secara logiknya, sangat sukar untuk kita hidup tanpa rasa. Jadi bagaimana untuk berjuang menurunkan tekanan darah anda?
Anda hanya perlukan:
Cara-cara:

  • Kurangkan bahan perasa secara berkala untuk memasak anda. 
  • Dan sudah tentu, baca label pada makanan yang anda beli dengan teliti.


Ingat hanya 2,300 atau kurang untuk pengambilan garam harian.
Penyelidikan intensif telah menunjukkan lebih banyak anda makan garam lebih banyak anda perlukannya.
Generasi muda juga senang terpaut dengan pengambilan garam sejak awal usia lagi.
2. Makan bunga raya
Bunga raya telah digunakan secara semula jadi untuk merawat tekanan darah. Namun begitu, kajian menunjukkan khasiat bunga raya bukan sekadar itu sahaja. Malah, bunga raya juga berfungsi sebagai diuretik, yang menarik keluar natrium dari saluran darah, seterusnya mengurangkan tekanan pada dinding arteri.
Apa yang lebih menarik ialah bagaimana bunga Raya boleh menyerupai perencat kepada Angiotensin Converting Enzyme (ACE). Perencat ACE tergolong dalam kumpulan yang sama dengan ubat-ubatan farmaseutikal yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Mereka berfungsi dengan menghalang enzim penukar angiotensin yang memainkan peranan penting dalam sistem hormon renin-angiotensin yang mengawal tekanan darah dan keseimbangan cecair. Hasil daripada perencatan ini, jumlah darah diturunkan dan mengurangkan tekanan darah dalam saluran.
Anda hanya perlukan:
Cara-cara:

  • Didihkan air dan tambahkan bunga raya dan kayu manis dan biarkan selama 5 minit.
  • Tambah madu atau limau untuk perasa, dan minum 2-3 kali sehari.
  • Ia juga sesuai dijadikan teh ais semasa musim panas.
Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium, kedua-duanya berkaitan dengan fungsi otot biasa dan organ lain termasuk jantung.
Terdapat beberapa kajian yang melaporkan air kelapa boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
Anda hanya perlukan:

8 auns, air kelapa organik segar
Cara-cara:

  • Minum 8 auns air kelapa 1-2 kali sehari.
Pagi adalah pilihan waktu paling sesuai jika anda meminumnya sekali sehari, tetapi anda juga boleh mengambil air kelapa pagi dan malam untuk pengambilan dua kali sehari.

Mungkin anda sudah jemu mendengar tentang khasiat minyak ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sangat baik untuk jantung anda.
Walaupun kajian masih dijalankan tentang fungsi minyak ikan dalam mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar, ia telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah, di samping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (“baik”).
Anda hanya perlukan:
* Minyak ikan yang berkualiti tinggi
Cara-cara:
Mimin lebih suka minyak ikan yang diambil bersama dengan jus oren berbanding pil yang mempunyai beberapa kesan sampingan yang tidak menyenangkan, mengikut jumlah yang disyorkan.
Hawthorn adalah herba ruji untuk kesihatan jantung kerana kandungannya yang kaya dengan flavonoid, iaitu procyandins oligomerik (OPC) dan quercetin.
Flavonoids dipercayai dapat merawat pelbagai jenis penyakit jantung seperti aritmia, rasa berdebar-debar, meningkatkan fungsi kapilari, mengawal metabolisme glukosa dan, sudah tentu, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Anda boleh menikmati hawthorn dalam bentuk teh atau dalam uncang.
Anda hanya perlukan:
4 camca serbuk beri hawthorn
1/2-1 camca serbuk kayu manis
Madu asli
Air
Serbuk koko atau carob
Cara-cara:
Campurkan kayu manis dan serbuk hawthorn di dalam mangkuk bersama-sama.
Tambah madu secukupnya serta air hingga menjadi pes.
Campurkan dengan serbuk koko atau serbuk carob sehingga ia membentuk doh dan boleh membentuk menjadi bebola kecil.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu yang sangat rendah (tidak lebih daripada 150 darjah Fahrenheit) sehingga kering.
Simpan di dalam balang kaca jauh daripada cahaya matahari dan di tempat yang sejuk.
Tidak ada benda lain yang dapat menggantikan manfaat senaman terutamanya apabila teknologi menjadikan masyarakat semakin kurang aktif dan ia merupakan terapi yang paling bagus untuk merawat tekanan darah tinggi.
Jantung diperbuat daripada otot, dan otot akan menjadi lebih kuat dengan senaman.
Anda hanya perlukan:
Kuasa untuk berubah
Cara-cara:
Amalkan tabiat 30 minit senaman setiap hari hanya dengan melakukan kerja-kerja mudah seperti menyental lantai atau apa-apa sahaja yang meningkatkan kadar jantung anda dan pernafasan anda.
Bawang putih bermanfaat untuk menangani pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi.
Allicin yang merupakan sebatian organosulphur yang kurang stabil, dan biasanya dinyahaktifkan apabila ia bersentuhan dengan bahan dengan pH rendah daripada 3, seperti asid perut kita.
Walau bagaimanapun, apabila diambil dalam bentuk tablet, hasilnya lebih berkesan untuk menurunkan tekanan darah.
Kajian mendapati, setiap dos yang mengandungi 1.8 miligram Allicin dapat menurunkan tekanan darah sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu.
Apa yang anda perlukan:
Tablet bawang putih yang berkualiti tinggi
Cara-cara:
Mengikut indikasi seperti di belakang botol.
Tembikai sering dianggap sebagai buah-buahan untuk musim panas, malah ia juga boleh membantu menurunkan tekanan darah.
Apabila memakan tembikai, sejenis bahan organik yang dipanggil citrulline, a-asid amino akan ditukarkan kepada asid amino L-arginine, seterusnya menghasilkan nitrik oksida yang berfungsi dalam mengawal sel-sel dan sistem dalam badan serta meluaskan saluran darah, mengurangkan rintangan vascular dan merendahkan tekanan darah.
Anda hanya perlukan:
1-2 cawan jus tembikai segar
Cara-cara:
Setiap pagi makan tembikai semasa perut kosong.
Satu hasil kajian yang dilakukan pada bulan Disember 2009 yang disiarkan dalam Jurnal India Biokimia & Biofizik menunjukkan sekumpulan peserta yang diberi 1 sudu teh serbuk buah pelaga setiap hari selama beberapa minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam tekanan darah.
Dengan gabungan halia dan kayu manis, kedua-dua rempah panas ini dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung anda.
Anda hanya perlukan:
1/2 cawan air
2-3 camca teh madu (sebagai perasa)
1 camca teh buah pelaga
1/2 sudu teh serbuk halia atau 2 sudu halia segar yang dicincang
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 1/2 sudu teh hitam atau 1 uncang teh
1/2 cawan susu
Lesung
Cara-cara:
Hancurkan buah pelaga untuk mendapatkan minyak tanpa perlu mengisar halus.
Dalam periuk campurkan semua bahan kecuali madu.
Masak hingga mendidih, kemudian renehkan selama 6-9 minit sehingga ia bertukar menjadi warna coklat karamel.
Masukkan madu dan kemudian tuang ke dalam cawan dan nikmatinya 1-2 kali sehari.
Cat’s Claw (Uncaria Tomentosa) adalah tumbuhan memanjat yang dijumpai di Amerika Tengah dan Selatan.
Kajian tabung uji menunjukkan pokok ini berpotensi mengembangkan saluran darah (dikenali sebagai vasodilatasi) oleh itu boleh mengurangkan tekanan dengan melancarkan perjalanan darah.
Ia juga boleh bertindak sebagai diuretik ringan, menyingkirkan garam yang tidak diperlukan dan air dalam badan.
Tanin dan flavonoid mungkin menjadi penyumbang utama dalam penyembuhan ini.
Rebusan yang lama lebih sesuai untuk tumbuhan ini berbanding teh kerana ia mempunyai kayu yang keras dan akar serabut.
Bagaimanapun, pengambilan tumbuhan ini perlu dielakkan oleh golongan wanita yang hamil.
Anda hanya perlukan:
1-2 camca herba yang dikeringkan
1 1/2-2 cawan air sejuk
Madu atau lemon sebagai perasa
Cara-cara:
Campurkan herba dan air dalam periuk kecil dengan api yang perlahan.
Tutup periuk dan biarkan ia mereneh selama 40-45 minit.
Tambah lagi air (jika kurang) bergantung pada citarasa anda.
Tambah madu atau lemon jika anda mahu dan minumnya sekali sehari.
Sirap semula jadi yang dibuat sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk diri anda.
Bluberi kaya dengan quercetin dan flavonoid, dan mempunyai khasiat yang sama seperti hawthorn.
Anda boleh mencampurkannya dengan beri yang lain untuk menjamin kesihatan jantung anda!
Anda hanya perlukan:
8 sudu blueberi kering atau 4 sudu setiap blueberi kering dan beri lain
4 cawan air
1 sudu madu
Periuk, penapis, balang kaca dengan penutup kedap udara
Cara-cara:
Tambah beri kering ke dalam air dan reneh dengan api yang perlahan sehingga airnya berkurang separuh.
Perahkan jus dari buah dan tuangkannya ke dalam periuk. Masukkan madu dan masak hingga sebati.
Untuk mendapatkan sirap yang pekat, panaskan madu dan jus buah di atas api yang sederhana selama 20 minit.
Jika anda tidak mahu membuat dalam sediaan sirap, skip langkah ini.
Setelah siap, simpan dalam peti sejuk selama 3-4 minggu.
Ambil 1 sudu besar dua kali sehari.
Akhir kata, jangan ambil ringan jika ada tanda darah tinggi.
Kena beringat selalu, lebih-lebih lagi yang sudah meningkat usia.


Monday, June 1, 2020

Arak Ibu Segala Kejahatan

ARAK adalah minuman yang merosakkan kesihatan tubuh, akal fikiran serta meruntuhkan institusi rumah tangga, masyarakat dan negara.
Sebahagian senarai kerosakan yang dinyatakan itu jelas membuktikan arak adalah ‘ibu’ kepada segala kejahatan.

Memang terbukti wujud hubungan rapat pelbagai penyakit, kecelakaan di jalan raya, rumah tangga berantakan dan kes pemerkosaan berpunca daripada pengambilan arak.

Kesan toksik bahan alkohol boleh mempengaruhi sistem saraf manusia menyebabkan berlaku gangguan perilaku seperti hilang rasa malu, gagal mengawal diri, hilang ingatan dan berada dalam khayalan.

Selain itu, Dr Adi Hashman di dalam bukunya, Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit turut menyelitkan kesan minum minuman yang memabukkan itu.
Menurutnya, peminum alkohol kronik membawa kesan sampingan berbahaya kepada tubuh selain turut mencederakan sistem hormon mengakibatkan keadaan hipoglisemia simptom paras gula dalam darah rendah) dan merosakkan organ penghadaman termasuk hati.

Malangnya, aktiviti hiburan sambil meneguk ‘air kencing syaitan’ itu sudah menyerang ramai anak muda. Bayangkan, bagaimana nasib generasi kita pada masa akan datang?
Bagi musuh Islam, untuk menghancurkan generasi muda Islam tidak perlu bersusah payah. Cukup bagi mereka meracuni golongan itu dengan menjauhkan jiwa golongan muda daripada agama.
Sebab itu, ramai terpengaruh untuk menjadi golongan mengamalkan cara hidup moden yang bersalahan dengan syariat.

Bagi mereka segala yang datang dari Barat bangga untuk ditiru, ditelan mentah-mentah serta diamalkan dalam kehidupan. Penyakit berkaitan arak bukan baru menyerang umat zaman ini. Ia sudah dihadapi sejak masyarakat zaman Rasulullah.
Orang Arab jahiliah sangat ‘kemaruk’ dengan arak. Jika mabuk, mereka turut mandi dengan arak. Ketika itu, larangan sepenuhnya meminum arak belum dilaksanakan walaupun Rasulullah mengetahui ia banyak memberi kemudaratan.

Larangan meminum arak dilakukan secara berperingkat kerana sekiranya diharamkan sekali gus, sudah tentu Islam sukar diterima orang Arab ketika itu.
Bahkan, arak sudah biasa serta menjadi sebahagian adat dan budaya mereka.
Allah berfirman yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.” (Surah al-Baqarah, ayat 219)

Ayat itu menjelaskan, perbezaan antara baik dan buruk arak selain dosa arak adalah lebih besar daripada manfaatnya.

Bagaimanapun, perintah larangan meminum arak secara mutlak dilaksanakan selepas turunnya ayat 9-10 dari Surah al-Maidah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

“Sesungguhnya syaitan itu hanya bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”

Itu antara peringkat yang berlaku sebelum arak diharamkan sehingga hari ini. Para ulama fiqh sepakat, arak diharamkan disebabkan ia najis dan memabukkan.
Dalam Islam, ia menjadi satu jenayah dan jika disabitkan kesalahan, pengamalnya boleh dikenakan hukuman sebatan.

Di negara ini, ketika pihak berkuasa agama melakukan serbuan di pusat hiburan mendapati ramai individu Muslim tanpa segan silu meminum arak, malah berbangga dapat menjalani kehidupan seperti itu. Mungkin alasan yang diberikan bertujuan untuk mencari keseronokan, melepaskan tekanan dan kekusutan. Namun mereka lupa, nikmat atau penyelesaian yang dihajati itu hanya bersifat seketika.

Ketegasan hukum mengharamkan arak itu jelas kerana ia memberi banyak kesan tidak baik buat manusia.
Daripada Annas bin Malik, beliau berkata, Rasulullah melaknat sepuluh golongan berkaitan dengan arak iaitu yang memerahnya, minta diperahkan, meminumnya, membawanya dan minta dibawa kepadanya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya dan minta dibelikan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibn Majah).

sumber :
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/387043/amp

Wednesday, May 6, 2020

Hukum Jarak Makmum Dalam Saf Sembahyang Berjemaah

HUKUM SOLAT JEMAAH BERDIRI BERJAUHAN

SOALAN :

Saya ingin bertanya tentang solat berjemaah yang diadakan di sebuah madrasah di negara jiran kita pada musim covid 19 dimana masing-masing berdiri berjauhan antara satu sama lain.

Adakah sah solat jemaah berdiri jauh2 seperti itu?

JAWAPAN :

Hendaklah difahami bahawa rapat saf bukan syarat sah solat tapi ia termasuk perkara yang disunatkan yang dengannya jadi makin sempurna solat bukannya rapat saf itu termasuk rukun atau syarat sahnya solat.

Olih itu jika sengaja tanpa uzur para jemaah berdiri renggang tidak merapatkan saf nescaya solat mereka tetap sah cuma makruh hukumnya sengaja merenggangkan saf tanpa sebarang darurah.

Tersebut pada Majlis Fatwa Baitul Maqdis :

اتفقت كلمة المذاهب الأربعة أنّ من سنن الصّلاة إتمام الصّفوف ووصلها وعدم وجود تباعد بين المصلين .
* ولكن لم يقل مذهب من المذاهب الأربعة المعتبرة بأنّ التّراص أو إتمام الصّف من شروط صحة الصّلاة أو أركانها .
وبناءً عليه لو كان تباعد بين المصلين في الصّف فالصلاة صحيحة اتفاقاً ولكنّ ذلك مكروه . 1/328 )
* ومن المعلوم أنّ الكراهة لدى الفقهاء تنتفي لأدنى حاجة ولا شك أنّ التّباعد هذه الأيام بين المصلين من الحاجة بل والضرورة بمكانة كما يقول الأطباء خشية العدوى .
حيث ينصح الأطباء بالابتعاد قدر مترين أثناء اللّقاء والإجتماع مع الآخرين من باب الإحتياط والوقاية .
* لذا لا مانع من التّباعد بين المصلين داخل الصّف الواحد ولا بأس بالعمل بما يقوله الأطباء أن يكون البعد قدر مترين بين كلّ مصلّ من باب الأخذ بالأسباب : المجلس الإسلامي للافتاء

Artinya : “Telah sepakat pendapat ulamak mazhab empat bahawa setengah dari sunat-sunat solat ialah menyempurnakan saf dan menyambung saf dan jangan ada renggang antara orang yang mengerjakan solat.

Akan tetapi tiada seorang pun ulamak mazhab yang muktabar ada mengatakan bahawa merapatkan saf dan menyempurnakan saf itu itu adalah rukun atau syarat sah solat.

Olih kerana itulah jikalau orang yang solat itu saling menjauh pada saf maka solatnya adalah sah dengan sepakat ulamak tetapi makruh.

Dan setengah dari yang sudah diketahui bahwa disisi fuqahak hilanglah makruh apabila ada hajat dan tiada syak bahawa menjauhkan diri pada masa kini adalah termasuk perkara hajat bahkan sudah dikira darurah sebagaimana sekarang pakar perubatan menyebut tentang bahaya berjangkit.

Maka anjuran pakar perubatan supaya menjarakkan diri kadar 2 meter ketika berjumpa dan berkumpul dengan orang lain adalah masuk dalam bab berhati-hati dan memelihara.

Dari itu maka tiada halangan dari menjarakkan diri antara orang yang solat pada saf yang satu dan tidak menjadi kesalahan mengikut pandangan pakar perubatan supaya menjarakkan diri kadar 2 meter antara setiap orang yang solat dan termasuk ia di dalam bab mengambil kira akan sebab sesuatu.”  (Majlis Fatwa Baitul Maqdis)

Kesimpulan

Merapatkan saf adalah sunat dan renggang saf mengurangkan fadhilat berjemaah.

Sengaja tanpa sebarang uzur renggangkan saf adalah makruh.

Jika terpaksa renggangkan saf kerana menjaga dari berjangkit ketika berlaku wabak penyakit maka hukumnya adalah harus.

wallahua’lam

 ustaz azhar idrus
Sumber Ustaz Azhar Idrus

Monday, April 27, 2020

Kesan Wabak Covid 19 Terhadap Masyarakat

TIDAK mahu tidak, penularan wabak Covid-19 memberi kesan kepada masyarakat serta individu dalam menghadapi kehidupan seharian.

Keadaan itu dilihat semakin menggusarkan apabila kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara rasmi bagi menyekat pergerakan orang awam untuk mengawal penularan wabak itu.
Situasi ini mewujudkan kesan kepada psikologi masyarakat serta individu.

Hakikatnya, masyarakat berdepan pelbagai isu emosi seperti risau, gemuruh serta tekanan. Perkara ini mampu membuatkan masyarakat cemas dan ramai mula membuat pembelian panik terutama bekalan makanan.

Kajian psikologi daripada pandemik yang sebelum ini seperti Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) mendapati tempoh PKP atau kuarantin sepanjang tempoh pandemik mempunyai hubungan signifikan dengan isu psikologi seperti tekanan emosi.

Secara psikologi, individu mungkin akan menghadapi corak pemikiran negatif yang boleh menjejas emosi mereka sepanjang PKP dilaksanakan.

Emosi negatif di sini merujuk kepada segala pemikiran negatif berkaitan diri sendiri, tidak berpuas hati mengenai masa depan, kesulitan dalam hubungan rumah tangga, kesukaran dalam menyampaikan emosi positif, perasaan terasing dari ahli keluarga dan rakan-rakan.
Justeru, setiap individu perlu mengambil langkah positif untuk mengekalkan kestabilan emosi ketika menghadapi situasi ini.

Aspek penyesuaian diri memainkan peranan penting dalam menentukan kefungsian mental serta tingkah laku seseorang untuk menjaga kestabilan emosi bagi menjalani perubahan dalam aktiviti harian.

Terdapat beberapa teknik psikologi yang membantu dalam mengatasi tekanan emosi individu serta membantu dalam mengekalkan kestabilan emosi.

Misalnya, mengawal suhu badan dengan merenjiskan air di muka atau memegang kiub ais akan membantu untuk menenangkan diri secara fizikal dan emosi.

Begitu juga dengan senaman ringan yang mampu meningkatkan hormon endorfin untuk menenangkan fikiran. Teknik relaksasi otot juga dilakukan dengan menegangkan otot selama 10 hingga 15 saat secara kuat dan kemudian merehatkan otot itu selama 15 hingga 20 saat juga membantu mengurangkan tekanan.

Bagi menangani emosi keresahan dan ketakutan dijangkiti virus itu, masyarakat perlu melihat pada aspek rasional bagaimana menularnya wabak Covid-19 itu.

Isu emosi ketakutan seperti ini dapat ditangani melalui kemahiran penerimaan sumber maklumat yang boleh dipercayai mengenai wabak Covid-19.

Individu perlu menerima realiti dan amalkan pemikiran positif. Pemikiran yang rasional adalah penting untuk menangani emosi kerisauan sepanjang krisis Covid-19.

Emosi kecewa dan bosan juga adalah antara isu emosi yang berkemungkinan dihadapi seseorang individu sepanjang situasi ini.
Keadaan seperti terkurung di rumah, perubahan dalam rutin harian serta kekurangan dalam perhubungan sosial atau fizikal juga boleh menimbulkan isu emosi yang tidak stabil.

Oleh itu, emosi berkenaan dapat diatasi dengan membabitkan diri dalam aktiviti yang boleh mencerdaskan minda dari emosi negatif.
Di samping itu, digalakkan bagi setiap individu untuk menggunakan teknik melatih minda untuk menilai kekecewaan dari perspektif yang berbeza.

Mengalihkan emosi yang tertekan seperti perasaan kecewa atau bosan dengan melakukan aktiviti menonton filem berunsur lucu, membaca buku motivasi serta melakukan aktiviti kraf yang boleh mengalihkan pemikiran ke arah yang positif serta lebih kreatif.
Tingkatkan fokus pada perkara yang positif untuk menikmati ketenangan dalaman juga adalah teknik mengalihkan pemikiran yang efektif.

Penjagaan kesihatan, pemakanan sihat dan tidur yang cukup adalah faktor yang penting untuk membantu mengekalkan emosi yang stabil, mewujudkan waktu santai untuk luahan emosi bersama ahli keluarga juga teknik terbaik bagi menghilangkan emosi sedih dan letih.

Teknik ini boleh membantu mengekalkan perhubungan yang sihat serta membina sistem sokongan yang kuat bersama ahli keluarga.
Secara keseluruhannya, kestabilan emosi dalam menangani krisis Covid-19 ini adalah penting bagi memastikan setiap individu menjalani rutin harian tanpa sebarang tekanan.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk berusaha mengekalkan kestabilan emosi dengan amalan sikap yang positif demi menjaga kesejahteraan mental, fizikal dan sosial.

Penulis adalah Pegawai Psikologi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Pemangku Pengarah Bahagian Kesejahteraan Keluarga

Diabetis, Puasa, Diet dan Ubat

Pengenalan
Pada bulan Ramadan, umat Islam diwajibkan untuk berpuasa antara terbit matahari hingga terbenam matahari iaitu lebih kurang 14 jam sehari (di Malaysia). Mereka yang menghidap diabetes digalakkan berpuasa dengan cara yang selamat.
Walau bagaimanapun, Islam membenarkan pesakit yang mempunyai penyakit serius seperti diabetes untuk berbuka puasa sekiranya boleh memudaratkan penyakit.
Antara keadaan yang tidak digalakkan berpuasa adalah seperti :
1) Penyakit Diabetes Mellitus Jenis I dan II yang tidak terkawal.
  • Dibimbangi akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.
2) Mengalami komplikasi diabetes yang serius.
  • Bagi pesakit yang mempunyai komplikasi seperti penyakit jantung koronari, kerosakan buah pinggang dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal perlu berbincang dengan Pakar Perubatan.
3) Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis.
  • Biasanya lebih cenderung kepada pesakit Diabetes Mellitus Jenis I.
  • Ia disebabkan oleh dos insulin yang tinggi dan pengambilan makanan yang sedikit ketika berpuasa.
4) Pesakit yang tidak mematuhi aturan pemakanan dan ubat-ubatan bagi diabetes.
5) Kerap mengalami komplikasi Hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).
  • Terutama kepada pesakit yang mempunyai sejarah 2 kali atau lebih pada bulan puasa yang lalu.
6) Mengandung.
  • Bagi pesakit Diabetes Jenis I, II dan Gestasi jika ingin berpuasa, mereka perlulah berbincang dengan Pakar Perubatan dan Pegawai Dietetik berkenaan ubat dan diet yang sesuai semasa berpuasa.
7) Mengalami jangkitan kuman.
8) Warga tua dan tinggal bersendirian.

Penyesuaian Diet Semasa Berpuasa
Adalah penting untuk penghidap diabetes melatih diri untuk berpuasa 2 bulan awal sebelum berpuasa sebenar iaitu bermula bulan Rejab dan Sya’ban. Anda juga perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan menjalani program pendidikan bersama Pegawai Perubatan, Pegawai Dietetik, Pegawai Farmasi dan Jururawat Diabetes tuntuk memahami cara-cara berpuasa dengan betul ketika bulan Ramadan.
Tips Bagaimana Untuk Menyesuaikan Diri Semasa Berpuasa
1) Jangan tinggal waktu bersahur
  • Waktu bersahur perlulah selewat mungkin sebelum waktu imsak.
  • Ketika bersahur perlu seimbangkan makanan dengan karbohidrat yang secukupnya.
2) Jangan melambatkan waktu berbuka
  • Memadai waktu berbuka dengan 2 biji kurma terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada karbohidrat.
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi gula.
3) Digalakkan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib
  • Amalkan pemakanan yang seimbang.
4) Minum malam selepas solat tarawih
  • Boleh diambil sebagai pengganti snek sebelum tidur.
5) Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika sahur dan berbuka
  • Karbohidrat yang mengandungi serat yang tinggi digalakkan untuk setiap hidangan utama.
6) Hadkan makanan yang bergoreng dan berlemak
  • Contohnya : Masakan berlemak yang menggunakan santan, ayam goreng, mi goreng dan lain-lain.
7) Hadkan makanan yang tinggi garam
  • Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko kekurangan air.
8) Minum air secukupnya
  • Minum air yang cukup terutamanya ketika sahur untuk menggantikan air yang hilang ketika berpuasa.
  • Disarankan untuk mengambil 8 gelas air sehari terutama ketika masa tidak berpuasa (malam).

Contoh Menu Diabetes Ketika Berpuasa
 Waktu makan
(tidak berpuasa)
Waktu makan
(berpuasa)
Contoh Menu
Sarapan pagiBerbuka puasa (7:30 malam)1 biji buah epal / 2 biji kurma
+ 1 keping kuih tanpa gula
+ 1 gelas susu
Makan tengah hariSelepas solat maghrib
(8:00 malam)
1 ½ cawan nasi / mi / mihun
+ 1 ketul ayam / ikan
+ 1 cawan sayur berdaun hijau
+ 1 biji buah limau
+ Air kosong
Minum petangSelepas tarawih /minum malam
(10:30 malam)
1 keping kuih tanpa gula / 3 keping biskut krim kraker / 1 keping roti
+ 1 gelas susu
Makan malamSahur  (5:00 pagi)1 ½ cawan nasi / mi / mihun
+ 1 ketul ayam / ikan
+ 1 cawan sayur berdaun hijau
+ 1 potong betik
+ Air kosong

Apakah Hipoglisemia?
Hipoglisemia adalah gejala gula dalam darah yang terlalu rendah (kurang daripada 4mmol/L). Pesakit yang mengambil suntikan insulin berisiko tinggi untuk mengalami kejadian ini.
 Tanda-tanda hipoglisemia
  • Lemah, menggigil
  • Berpeluh
  • Pening
  • Lapar
  • Penglihatan Kabur
  • Letih-lesu
  • Sakit kepala
Apakah tanda-tanda hipoglisemia1Apakah tanda-tanda hipoglisemia2Apakah tanda-tanda hipoglisemia3
 Penyebab hipoglisemia
  • Tidak makan atau lewat makan selepas makan ubat atau suntikan insulin
  • Tidak ambil sumber karbohidrat yang mencukupi
  • Aktiviti fizikal yang tidak dirancang
  • Senaman yang lasak
  • Dos insulin atau ubat diabetes yang berlebihan.
Bagaimana untuk mencegah hipoglisemia?
  • Ambil ubat/ insulin mengikut dos yang diarahkan
  • Makan secara tetap mengikut waktu dan kuantiti yang cukup
  • Aktiviti fizikal seperti senaman yang aktif atau sederhana adalah tidak digalakkan. Walau bagaimanapun, senaman yang disarankan oleh Pegawai Perubatan adalah dibenarkan
  • Memantau paras gula dalam darah.
Cara mengatasi hipoglisemia
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda hipoglisemia, minum ½ cawan air manis atau hisap 3 biji gula-gula atau 3 sudu teh gula/madu
  • Kemudian, rehat 10 hingga 15 minit. Jika paras gula darah tidak kembali paras normal, sila ulangi langkah 1 sekali lagi
  • Jika jarak masa makan yang seterusnya adalah lebih dari 20 minit, sila ambil 1 hidangan karbohidrat kompleks seperti 1 keping roti atau 1 keping sandwich atau 3 keping biskut kraker krim atau 1 biji buah atau 1 cawan susu.

Tanda-tanda hiperglisemia
  • Kerap buang air kecil
  • Terlalu dahaga
  • Sangat letih
    Apakah tanda-tanda hiperglisemia1    Apakah tanda-tanda hiperglisemia2   Apakah tanda-tanda hiperglisemia3

Tanda-tanda dehidrasi
  • Amat dahaga
  • Kulit dan lidah yang terlalu kering
  • Fikiran terganggu
     Apakah tanda-tanda dehidrasi1    Apakah tanda-tanda dehidrasi2     Apakah tanda-tanda dehidrasi3 

Pengubahsuaian Diet dan Ubat Ketika Berpuasa
Pengubahsuaian diet dan ubat-ubatan adalah berbeza untuk setiap individu. Antara rawatan tersebut adalah :
1)  Diet sahaja
Risiko bagi pesakit yang mengawal diabetes hanya melalui diet dan gaya hidup sahaja adalah rendah. Walau bagaimanapun, mereka masih mempunyai risiko sekiranya tidak mengawal pemakanan terutamanya ketika berbuka puasa.
Pembahagian daripada 2 ke 3 hidangan waktu makan dapat membantu mengurangkan berlakunya hiperglisemia (kenaikan gula dalam darah). Berpuasa pada bulan Ramadan hanya sesuai kepada pesakit yang dapat mengawal pemakanan dengan betul.

2)  Diet VS ubat tablet atau kapsul
A.  Sekali sehari
i)  Jika ingin mengambilnya semasa bersahur :
  • Ambil sebelum atau selepas bersahur mengikut arahan ubat tersebut.
ii)  Jika ingin mengambilnya semasa berbuka :
  • Bagi arahan sebelum makan, berbuka dahulu dengan air dan buah tamar dan ambil ubat. Ambil makanan utama selepas 20 hingga 30 minit kemudian.
  • Bagi arahan selepas makan, ambil ubat selepas berbuka. Adalah digalakkan untuk berbuka dengan air dan buah kurma, rehat atau solat maghrib dahulu, baru makan makanan utama dan ambil ubat selepas makan.
B.  Dua kali sehari sebelum makan
  • Ambil ubat sewaktu berbuka dengan segelas air kemudian ambil makanan selepas setengah jam
  • Pengambilan dos kedua haruslah setengah jam sebelum bersahur
C.  Dua kali sehari selepas makan
  • Ambil ubat sewaktu selepas berbuka dan selepas bersahur
D.  Tiga kali sehari sebelum makan
  • Ambil ubat sebelum berbuka, sebelum tidur dan sebelum bersahur
E.  Tiga kali sehari selepas makan
  • Ambil ubat selepas berbuka, sebelum tidur dengan minuman/ sedikit makanan dan selepas bersahur

3)  Diet VS Insulin
Saranan pengubahsuaian ubat insulin ketika berpuasa dan tidak berpuasa :
Jadual 1 : Pengubahsuaian ubat insulin ketika berpuasa dan tidak berpuasa.
Jika Tidak berpuasaJika Berpuasa
Insulin (basal)
Humulin N, Insulatard
(contoh : 10 unit malam)
  • Tiada perubahan, suntik pada waktu biasa sebelum tidur
Humulin N, Insulatard
(contoh : 10 unit malam)
Insulin (bolus)
Humulin R, Actrapid
(contoh : 12 unit 3 kali sehari)
  • Separuh dos waktu sahur
  • Abaikan dos waktu tengah hari
  • Dos penuh waktu berbuka puasa
(contoh : 6 unit waktu sahur, 12 unit waktu berbuka)
Insulin Tindakan Campuran (premixed)
Humulin 30/70, Mixtard
(contoh : 30 unit pagi dan 20 unit petang)
  • Pastikan pengambilan air yang mencukupi
  • Dos sahur : separuh dos yang dikhususkan untuk waktu petang (dos kecil)
  • Dos berbuka puasa : ambil keseluruhan dos waktu pagi (dos besar)
(contoh : 10 unit waktu sahur, 30 unit waktu berbuka)

Kesimpulan
Pesakit diabetes mempunyai pelbagai risiko dan komplikasi ketika berpuada pada bulan Ramadan. Risiko seperti hipoglisemia dan hiperglisemia sering berlaku kepada pesakit yang tidak dapat mengawal pemakanan dan ubat ketika berpuasa. Oleh itu, pesakit perlulah mendapatkan rawatan awal dan berbincang dengan Pegawai Perubatan dan Pegawai Dietetik sebelum menghadapi bulan Ramadan.

Rujukan
  1. Benaji B. et al (2005) Diabetes and Ramadan: review of the literature. Diabetes Research and Clinical Practice, 73 (117-125).
  2. Diet dan diabetes (2000) Diabetes Mellitus and fasting (Puasa) during Ramadan.   Malaysian Diabetes Association.
  3. Fereidom A. & Behnam S. (2003) Ramadan fasting and diabetes mellitus. Archieve of Iranian, Voume 6, Number 4 (237-242).
  4. Ibrahim eta al. (2004) A population-based study of diabetes and its characteristics during the fasting month of Ramadan in 13 countries. Diabetes Care, Volume 27, Number 10 (2306-2311).
  5. Monira et al. (2010) Recommendations for management of Diabetes during Ramadan. Diabetes Care, Volume 33, Number 8 (1895-1902).
  6. Hyperlink: http://mps.org.my/newsmaster.cfm?&action=view&menuid=37&retrieveid=2388
  7. Jadual 1: Pamplet Pengubahsuaian Dos dan waktu pengambilan ubat di Bulan Ramadan. Farmasi Pesakit Luar, Hospital Sulatanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.